Khas Untuk Pengguna [ x ]


KAJIAN KEPUASAN PELANGGAN
PDTHL

alt
Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
alt  alt

pdthl

alt   

alt    alt    alt   

KTRAK

PROJEK GERAK IT (KTRAK)
 

image

LAPORAN MAKLUM BALAS PROGRAM GERAK IT NEGERI SELANGOR (K-TRAK) – TAHUN 2002 HINGGA 2007

 

•  LATAR BELAKANG

 

•  Projek k-Trak ini diilhamkan sendiri oleh Y.A.B Dato' Menteri Besar Selangor pada tahun 2002, dan dikembangkan cara pelaksanaannya oleh pentadbiran ini dengan melihat dan menilai projek Bas Multimedia kendalian MIMOS Berhad dan program Ã¢â‚¬Å“Mobile IT Unit For Kindergartenâ€Â di Singapura .

 

•  Objektifnyanya adalah untuk memberikan capaian ICT sama rata di kalangan masyarakat di Negeri Selangor, terutamanya lokasi yang tiada kemudahan Pusat Komuniti IT (PKIT).

 

•  Lokasi pertama program ini dijalankan adalah di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Kg Sg Air Tawar, Sabak Bernam iaitu pada 07 Oktober 2002 dan lokasi terakhir adalah di Majlis Daerah Kuala Selangor pada 31 Mei 2007 .

 

 

 

•  PENCAPAIAN RINGKAS

 

•  Dalam tempoh lima (5) tahun k-trak beroperasi, sebanyak 194 buah kampung atau lokasi telah menerima kunjungan k-trak ini di seluruh pelusuk daerah di Negeri Selangor.

 

•  Daripada keseluruhan lokasi tersebut pula sebanyak 11,126 orang peserta telah dilatih dan diberikan sijil penyertaan mengenai asas komputer, pemprosesan perkataan (MS Word), Hamparan Elektronik (MS Excell), Persembahan (MS Power Point) serta pengenalan kepada internet dan email.

 

•  Jadual 1A dan jadual 2A di Lampiran A menunjukkan perincian dan pecahan lokasi serta bilangan peserta tersebut.

 

•  Fakta menarik yang perlu dijelaskan di sini adalah jika dilihat kepada kos yang dibelanjakan oleh Kerajaan Negeri iaitu RM 2.2875 juta dibahagikan dengan bilangan peserta yang berjaya di latih iaitu 11,126 orang peserta , ini bermakna Kerajaan Negeri hanya membelanjakan kira-kira RM 205.60 sahaja untuk memberikan latihan ICT kepada seorang peserta . Kos ini adalah lebih murah dan berpatutan jika dibandingkan dengan harga pasaran semasa bagi memperolehi latihan yang serupa.

 

LAMPIRAN A

Jadual 1A

Tahun Operasi / Fasa

Bilangan Lokasi / Kampung

FASA 1

Oktober 2002 hingga Disember 2003

49

Januari 2004 hingga Disember 2004

47

Januari 2005 hingga September 2005

34

FASA 2

Januari 2006 hingga Disember 2006

48

Januari 2007 hingga Mei 2007

16

JUMLAH

194 buah lokasi

Jadual 2A

Tahun Operasi / Fasa

Bilangan Peserta

FASA 1

Oktober 2002 hingga Disember 2003

2435

Januari 2004 hingga Disember 2004

2463

Januari 2005 hingga September 2005

2237

FASA 2

Januari 2006 hingga Disember 2006

2940

Januari 2007 hingga Mei 2007

1051

JUMLAH

11,126 orang peserta

 

Tahun

Jumlah Lokasi

Kumpulan Umur

Jumlah (Peserta)

4 - 6 Tahun

7 - 9 Tahun

10 - 14 Tahun

15 - 19 Tahun

20 ke atas

Pertama

49

974

106

678

322

355

2435

Kedua

47

861

298

541

320

443

2463

Ketiga

34

880

357

327

280

393

2237

Keempat

48

1207

304

672

252

505

2940

Kelima

16

605

54

85

74

233

1051

Jumlah

194

4527

1119

2303

1248

1929

11126

 Statistik Keseluruhan Lokasi dan Peserta Program k-Trak Dari Oktober 2002 hingga Mei 2007

 

 

image

 Carta Bar Menegak Menunjukkan Jumlah Keseluruhan Peserta Program k-Trak Mengikut Kumpulan Umur

 

 

image

 Carta Pai menunjukkan Peratusan Keseluruhan Peserta Program k-Trak Mengikut Kumpulan Umur


Kemaskini pada 2018-01-15 11:24:19 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page