Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)

Anugerah khidmat cemerlang adalah anugerah yang diberikan kepada seseorang anggota tidak kira sama ada mereka berada di bawah Sistem Saraan Baru (SSB) atau Sistem Saraan Malaysia (SSM) bagi menghargai dan
mengiktiraf sumbangan kerana kualiti/kuantiti sumbangannya melebihi daripada keperluan tanggungjawab biasa bagi jawatannya. Penghargaan ini juga bertujuan menjadikan anggota berkenaan sebagai contoh dan daya penarik
kepada lain-lain anggota untuk sama-sama meningkatkan lagi taraf perkhidmatan demi mencapai matlamat organisasi.

Had siling pemberian Anugerah khidmat cemerlang ialah tidak melebihi 8% jumlah anggota dalam sesebuah organisasi pada 31 Disember tahun penilaian.


Apakah dasar atau syarat pemberian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC)?

Mengikut Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2 Tahun 2002, syarat pemberian "Anugerah Perkhidmatan Cemerlang" kepada seseorang pegawai adalah seperti berikut:

- Genap setahun berkhidmat pada hari terakhir tahun penilaian;
- LNPT 85% dan lebih layak dipertimbangkan; dan
- Mengambil kira kegiatan dan sumbangan pegawai.

 

Kriteria

1. Mendapat prestasi 85% ke atas;


2. Telah disahkan ke dalam jawatan;

3. Anggota mestilah bebas daripada dikenakan sebarang tindakan tatatertib;

4. Anggota yang telah dinaikkan pangkat hendaklah berkhidmat tidak kurang dari tiga (3) tahun dengan tahun permulaan pertama yang diambil kira adalah pada tahun berikutnya;
iaitu sebagai misalannya seperti berikut :.

      > anggota yang mendapat kenaikan pangkat pada 1.1.1998, hanya akan dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001;
      > begitu juga jika tarikh naik pangkat anggota ialah 1.7.1998, anggota juga layak dipertimbangkan dalam tahun 2001 untuk penganugerahan pada Disember 2001 dan;


5. Anggota yang telah mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang hendaklah berkhidmat tidak kurang dari selama lima (5) tahun perkhidmatan dengan tahun permulaan pertama diambil kira adalah pada tahun berikutnya,
sebagai misalannya seperti berikut:-

            
"Anggota yang mendapat Anugerah Khidmat Cemerlang pada Disember 1996, akan dipertimbangkan dalam tahun 2002 untuk penganugerahan pada Disember 2002"


*untuk melihat gambar penerima APC di gombak mengikut tahun, sila halakan 'cursor' anda ke menu APC di sebelah kiri.

 

 

 


Kemaskini pada 2016-05-13 12:20:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1012905 Tarikh Kemaskini : 15-11-2019