Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Tanah_gombak_background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklumbalas &
Aduan

Peta
Laman

Sejarah Penubuhan

SEJARAH PENUBUHAN PUSPANITA

 

 

Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia. Sepanjang percutian tersebut, mereka telah disambut oleh Dharma Wanita Persatuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita.

 
 

 

Dengan bantuan Dato' Dr. Noor Laily Dato' Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA.

PUSPANITA telah dilancarkan dengan rasminya oleh Tun Dr. Siti Hasmah pada 1 Mac 1983. Ketika itu selain daripada beliau sendiri menjadi Penaung PUSPANITA yang pertama, berdasarkan Perlembagaan Tan Sri Hashim Aman, Ketua Setiausaha Negara adalah merupakan Penasihat dan isteri beliau Puan Sri Zawiyah binti Yacob adalah Yang Di Pertua PUSPANITA yang pertama. Dato' Dr. Noor Laily Dato' Haji Abu Bakar pula telah dilantik sebagai Setiausaha Agong Kehormat yang pertama


Kemaskini pada 2021-09-01 11:27:40 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page