SEJARAH PENUBUHAN PUSPANITA |
|
|
Cetusan idea penubuhan PUSPANITA telah diilhamkan oleh Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad yang ketika itu menjawat jawatan sebagai Menteri Pelajaran selepas bercuti di Indonesia. Sepanjang percutian tersebut, mereka telah disambut oleh Dharma Wanita Persatuan. Oleh kerana upacara sambutan yang begitu baik serta layanan yang mesra kaum wanita di sana, Tun Mahathir kemudiannya menyarankan kepada Tun Dr. Siti Hasmah untuk mewujudkan satu persatuan sedemikian di Malaysia khas untuk kaum wanita. |
|
|
Dengan bantuan Dato' Dr. Noor Laily Dato' Haji Abu Bakar yang ketika itu merupakan Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Tun Dr. Siti Hasmah telah merealisasikan penubuhan PUSPANITA. |
Kemaskini pada 2021-09-01 11:27:40 daripada Administrator