Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Gombak telah maju setapak lagi untuk menyediakan dasar yang tepat untuk rakyat bagi menjelaskan peraturan-peraturan dan garis panduan penyertaan mereka di portal. Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mengalu-alukan anda melayari portal kami. Kami bergantung kepada penyertaan dan sumbangan anda yang amat berharga untuk membangunkan program-program dan komunikasi dua hala. Dalam usaha untuk menyediakan anda dengan maklumat terkini dan peluang untuk menyertai dalam proses pembangunan dan meningkatkan perkhidmatan kami, Portal Rasmi Pejabat Daerah dan Tanah Gombak menggunakan beberapa saluran untuk meningkatkan komunikasi dua hala iaitu melalui maklumbalas dan undian. Selain portal ini, anda boleh berinteraksi dalam rangkaian media sosial melalui Facebook.
Oleh itu, Pejabat Daerah dan Tanah Gombak mengalu-alukan semua perbincangan objektif dan konstruktif di laman web di samping memelihara hak penerbitan. Kami menggesa pelawat kami untuk mematuhi perkara-perkara yang berikut :
1. Mengelak daripada membincangkan isu-isu politik.
2. Gunakan bahasa yang sesuai.
3. Penggunaan yang betul dalam bahasa Bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia
Sila pilih saluran komunikasi :
|
|