FRIM
Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 600 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika. Pakej melawat hutan yang ditawarkan memberi peluang untuk aktiviti luar seperti rekreasi dan pendidikan umum. FRIM turut merupakan lokasi yang begitu popular kepada mereka yang gemar berkelah, berlari, berbasikal, di samping pelancong serta mereka yang mengkaji alam semula jadi. Tidak ketinggala, FRIM juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi.Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.
Maklumat Lanjut:- Laman Web: http://info.frim.gov.my/cfdocs/ecotour/index.html |
||||
Kemaskini pada 2021-09-01 14:13:21 daripada Administrator