hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

FRIM

FRIM

 

image

image

image

image


Terletak di Kepong sejauh 16 km barat laut Kuala Lumpur dengan keluasan 600 hektar, ia di kelilingi oleh Hutan Simpan Bukit Lagong. FRIM menggalakkan pengurusan secara berkekalan dan penggunaan optimum sumber-sumber hutan dengan menjana pengetahuan dan teknologi melalui penyelidikan, pembangunan dan aplikasi. Kepakaran kakitangannya dalam pelbagai bidang serta keupayaan memenangi anugerah penyelidikan dan kerjasama di peringkat antarabangsa telah membolehkan FRIM menempah nama dalam bidang perhutanan tropika.

Pakej melawat hutan yang ditawarkan memberi peluang untuk aktiviti luar seperti rekreasi dan pendidikan umum. FRIM turut merupakan lokasi yang begitu popular kepada mereka yang gemar berkelah, berlari, berbasikal, di samping pelancong serta mereka yang mengkaji alam semula jadi. Tidak ketinggala, FRIM juga terkenal sebagai tempat untuk mengadakan hari keluarga, pertandingan mencari harta karun, berkhemah, meninjau burung, menjelajah hutan dan sesi fotografi.Tempat yang pada mulanya merupakan sebuah kawasan terbiar lama bekas perlombongan, yang kemudiannya bertukar menjadi kebun sayur, kini merupakan satu destinasi hutan yang bebas daripada pencemaran, dengan udara yang lebih sejuk dan nyaman.

 

Maklumat Lanjut:-
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-62797000    Fax: 03-62731314
                            atau
Pusat Maklumat Pengunjung
Hotline: 03-62797575
Fax: 03-62804619
Email: hazlin@frim.gov.my
             haminuddin@frim.gov.my

Laman Web: http://info.frim.gov.my/cfdocs/ecotour/index.html

 

Kemaskini pada 2021-09-01 14:13:21 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page