hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Pejabat Daerah/Tanah Gombak - Soalan Lazim

 1.         Bilakah saya perlu membayar cukai tanah tahunan?

 Cukai tanah perlu dibayar sebelum 31 Mei bagi mengelakkan denda lewat (Fi Tunggakan).
 

 2.         Apakah dokumen yang perlu saya bawa untuk menyemak cukai tanah di kaunter semakan?

Sila bawa nombor hakmilik dan nombor lot yang boleh didapati di dalam geran, Surat Perjanjian Jual Beli atau bil cukai tanah terdahulu.
 

 3.         Bagaimanakah cara saya menyemak bil hasil tanah selain di kaunter Unit Hasil?

Bil Hasil Tanah boleh disemak secara atas talian di Pertanyaan Bil Hasil Tanah Online dan juga melalui SMS.  Sila taip PTGS CUKAI (Nombor Akaun) dan hantar ke 15888.
 

 4.       Sekiranya saya ingin membayar cukai tanah, bolehkah saya membayar di Pejabat Pos?  Bolehkah saya menggunakan Pos Online?

          Cukai tanah boleh dibayar di semua kaunter pejabat pos di seluruh Malaysia.  Pembayaran melalui Pos Online juga boleh dibuat.
 

 5.       Bolehkah saya membayar cukai tanah secara atas talian (online) (Perkhidmatan Perbankan Internet)?

          Anda boleh membuat pembayaran cukai tanah secara atas talian (online) (Perkhidmatan Perbankan Internet) atas nama/’Payee’ seperti berikut:-         

  • Pejabat Pengarah Tanah & Galian Selangor atau
  • Pejabat Tanah & Galian Selangor

           a.    CIMB                              b.   Maybank2u

 6.        Bagaimanakah cara menukar alamat surat menyurat pada bil cukai tanah?

Anda dikehendaki untuk mengisi Borang 26A yang boleh didapati di Kaunter Unit Pendaftaran atau boleh dimuat turun melalui http://ptg.selangor.gov.my/
 

 7.         Bagaimanakah cara pembayaran cukai tanah melalui Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf dan Kad Kredit/Debit?

            Pembayaran melalui Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf hendaklah di atas nama BENDAHARI NEGERI SELANGOR dan dipalang AKAUN PENERIMA SAHAJA.  Sila catitkan Nama, Nombor Kad Pengenalan, Alamat Pembayar, Nombor Telefon serta Maklumat Pengenalan Hakmilik di muka belakang Kiriman Wang/Wang Pos/Bank Draf.  Pembayaran cukai tanah boleh diterima melalui Kad Kredit/Debit dan hanya boleh dibuat di mana-mana Pejabat Daerah/Tanah dan Pejabat Tanah dan Galian Selangor sahaja.
 

 8.         Apakah implikasi sekiranya saya tidak menjelaskan cukai tanah?

          Sekiranya anda tidak menjelaskan cukai tanah sebelum 31 Mei, Notis Tuntutan Akhir (Notis 6A) akan dikeluarkan dan sekiranya anda masih tidak menjelaskan cukai tanah dalam tempoh 3 bulan daripada tarikh notis dikeluarkan maka tindakan merampas tanah di bawah Seksyen 100 Kanun Tanah Negara boleh diambil.
 

 9.         Apakah waktu yang ditetapkan di kaunter Unit Hasil?

            Waktu yang ditetapkan di kaunter Unit Hasil adalah seperti berikut:-

                                 Isnin – Khamis        :           8.30 pagi hingga 3.30 petang

                                 Jumaat                    :           8.30 pagi hingga 11.45 pagi

                                                                              2.45 petang hingga 3.30 petang

 

  10.       Adakah saya perlu menjelaskan cukai tanah apabila bil cukai tanah masih atas nama pemaju?

            Ya.  Anda perlu menjelaskan cukai tanah kerana di dalam Surat Perjanjian Jual Beli telah menyatakan di dalam klausa    liabiliti perlu dijelaskan oleh pemilik tanah.
 

 11.       Sekiranya saya adalah seorang pemaju, bagaimanakah cara saya membuat bayaran bagi hakmilik pemaju?

            Anda dikehendaki untuk menyediakan SATU BANK DRAF BAGI 20 HAKMILIK.

 


Kemaskini pada 2023-03-02 10:46:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page