Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
Selasa, 27 Januari 2026 | 08 Sya’ban 1447H | 09:53
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK

Maju Bersama Bertambah Mutu
carian
w3c
tukarBahasa
faq
hubungikami
maklumbalas
sitemap

DATA TERBUKA SEKTOR AWAM

DATA TERBUKA KERAJAAN


PENGENALAN DATA TERBUKA KERAJAAN

Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.

Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu www.data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.

Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Rujukan : Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam

Data Terbuka Kerajaan Negeri Selangor

Kerajaan Negeri Selangor mengambil bahagian di dalam menyumbang data kepada Portal Data Terbuka Sektor Awam Malaysia supaya boleh dimanfaatkan oleh semua pengunjung. Halaman ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan set data yang boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Data disediakan oleh pelbagai jabatan negeri dan diselaraskan oleh Seksyen Data di Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor seperti berikut :

Seksyen Data,
Unit Perancangan Ekonomi Negeri Selangor,
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,
Tingkat 15, Bangunan SSAAS, 40503 Shah Alam, Selangor
Telefon : 03-55447948 / 03-55212464


TERMA PENGGUNAAN DATA
Penggunaan data atau penggunaan semula data hendaklah berdasarkan tatacara dan mematuhi terma dan syarat :-
Rujuk Terma Penggunaan Data Terbuka Kerajaan Malaysia

KATALOG & PAUTAN KE DATASET
Download Dataset berikut Dari Portal Data Malaysia Di Bawah Carian "Kerajaan Negeri Selangor"

 

 


  •  
  • Print
  • Email this page

AI Chatbot Selangor
Salmah