hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Dua lokasi sarang penagih digempur - 23 Ogos 2015

Dua lokasi sarang penagih digempur
Dua lokasi sarang penagih digempur
Sarang penagih dadah dibersihkan anggota AADK yang menjalankan operasi kelmarin. Gambar kecil: Kesan peralatan penagih yang ditinggalkan di lokasi


GOMBAK - Dua lokasi sarang mat gian di Sungai Chincin dan perkampungan Orang Asli tepi Lebuhraya Karak diserbu Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Gombak kelmarin hasil maklumat dan aduan orang awam.

Ketua Pegawai AADK Gombak, Syaiful Asfar A Rahman berkata, dua penagih berusia lingkungan 30-an di hutan tepi Lebuhraya Karak itu sempat meninggalkan port mereka sebaik menyedari kehadiran penguat kuasa AADK.

Menurutnya, meskipun tiada tangkapan dibuat, namun AADK bertindak melakukan kerja pembersihan di lokasi sarang penagihan tersebut sebagai usaha membanteras aktiviti tersebut berulang.

“Mereka buat khemah menggunakan kanvas dan terdapat peralatan penagihan ditemui antaranya tiub straw, lilin dan pemetik api yang ditinggalkan penagih.

“Lokasi tersebut sebelum ini pernah diserbu dan terdapat tangkapan dibuat melalui operasi berkala dibuat dan berdasarkan aduan,” katanya.

Katanya, aduan dibuat orang awam selepas kekerapan berlakunya pecah rumah dan kecurian dipercayai dilakukan penagih-penagih berkenaan untuk mendapatkan wang membeli dadah.

“Aktiviti tersebut menimbulkan kacau ganggu dan suasana kurang selesa dalam kalangan masyarakat selain kekhuatiran boleh menyebabkan keadaan tidak terkawal.

“Kami mengharapkan kerjasama orang awam melaporkan kepada kepada AADK dalam usaha membanteras dan menangani aktiviti tersebut,” katanya.

Kemaskini pada 2016-06-01 11:57:46 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page