hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita 2016

NASIB KELUARGA MANISEH TERBELA - 28.10.2016 (SINAR HARIAN)

RAWANG - Lembaga Zakat Selangor (LZS) akan menyalurkan bantuan bulanan RM350 kepada ibu tunggal, Maniseh Abu Bakar, 43 bermula tahun depan. Semalam Sinar Harian melaporkan masalah Maniseh yang buntu memikirkan masa depan anak-anaknya selepas suami, Mohd Aris Andak yang menjadi tempat mereka sekeluarga bergantung maut dalam kemalangan jalan raya bulan lepas.

JALAN DEPAN SEKOLAH TERLALU SIBUK - 23.10.2016 (SINAR HARIAN)

 

RAWANG - Kerajaan perlu menyediakan jalan alternatif bagi penduduk Kuala Garing dan sekitarnya bagi mengurangkan penggunaan laluan di hadapan sekolah yang menjadi laluan utama mereka sejak kawasan itu dibuka sehingga kini.

Terdapat empat sekolah berada di kawasan itu iaitu Sekolah Kebangsaan Rawang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Rawang, Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Garing.

 

LIFT, PAM DAN TANGKI AIR ROSAK - 21.10.2016 (SINAR HARIAN)

 

AMPANG - Penduduk di beberapa pangsapuri kos rendah di Ampang Jaya memohon kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan mengambil perhatian serius terhadap beberapa isu serta aduan berkaitan masalah fasiliti di kawasan tersebut.

Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Pangsapuri Taman Ampang Mewah, Ab Rahim Monel berkata, pangsapuri yang mempunyai tiga blok setinggi 14 tingkat itu kini menghadapi masalah kerosakan lif.

REMAJA TAK HIRAU NOTIS LARANGAN - 24.04.2016 (SINAR HARIAN)


RAWANG - Tasik yang baru dibangunkan untuk dijadikan kawasan riadah beberapa tahun lalu kini dijadikan port mandi oleh segelintir golongan remaja di Bandar Country Homes di sini.

Seorang penduduk, Md Noor Othman, 54, berkata, biarpun terdapat notis larangan mandi di kawasan tersebut namun aktiviti tersebut makin aktif malah dapat dilihat terutamanya ketika hujung minggu.

SUKAR SEKAT WARGA ASING NAIK BAS PERCUMA - 24.04.2016 (SINAR HARIAN)


AMPANG - Kerajaan Selangor tidak boleh menyekat mana-mana warga asing yang menaiki Bas Selangorku yang disediakan khusus untuk penduduk Selangor yang berpendapatan rendah dan menetap di kawasan bandar seperti Subang, Klang, Shah Alam dan Petaling Jaya.

 

TERHARU ADUN TEMPLER HULUR BANTUAN - 06.03.2016 (SINAR HARIAN)

GOMBAK - “Hampir setengah jam saya berpanas di tepi jalan tapi tiada kenderaan berhenti hulurkan bantuan. Sedang sibuk meletakkan kon, saya tak sedar ada seorang wakil rakyat dengan lambang plat kereta kerajaan negeri datang membantu,” demikian perkongsian penceramah Mohd Zamani Ismail atau lebih dikenali Mohd Zamani Al-Besuty.

TAK TAHAN LAGI BAU BUSUK - 06.03.2016 (SINAR HARIAN)

RAWANG - Aktiviti sebuah kilang pembuatan besi di Batu 20 di sini, didakwa mengeluarkan bau busuk hingga menyebabkan gangguan kepada penduduk sekitar walaupun jaraknya lebih 600 meter.

OKU BUKTI KEMAMPUAN DALAM MASAKAN - 05.03.2016 (SINAR HARIAN)

SELAYANG - Minat dalam bidang masakan tidak disia-siakan seorang orang kurang upaya (OKU) yang menghadapi masalah pendengaran selepas bakatnya bakal dipertandingkan dalam pertandingan Abilympics di Perancis, bulan depan.


DILEMA PEMBELI RUMAH SELANGORKU - 01.03.2016 (SINAR HARIAN)

SELAYANG - Penyediaan dan penawaran bagi Rumah Selangorku mencapai sasaran namun pembeli menghadapi masalah untuk mendapatkan pembiayaan.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS), Norzatun Aini Mohd Kassim berkata, penyediaan dana oleh kerajaan negeri disediakan bagi peneroka bandar selain kaedah pinjaman bank kepada pemohon.
 

CAT KUNING PUDAR BAHAYAKAN PENGGUNA - 14.02.2016 (SINAR HARIAN)

GOMBAK - Cat kuning yang pudar pada bonggol dan petak kuning di lampu isyarat serta jalan masuk ke lorong kawasan perumahan di sepanjang Jalan 11 Selayang Baru perlu dicat semula.

Penduduk di Selayang Baru, Mohd Zain Milin,60, berkata, keadaan tersebut membahayakan pengguna dan inisiatif mengecat semula tanda amaran itu membolehkan pengguna lebih berwaspada.

“Saya yang tinggal di sebelah jalan beberapa kali terdengar dentuman disebabkan ada pengguna yang tidak perasan bonggol kerana warna catnya

yang sudah pudar.
 

RUMAH KEBAJIKAN MOHON BANTUAN - 02.02.2016 (SINAR HARIAN)
 

GOMBAK - Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Raudhatul Nur Jannah memerlukan bantuan serta sumbangan orang ramai untuk melancarkan pengoperasiannya. Rumah kebajikan yang baru dibuka setahun lalu itu menempatkan anak-anak kurang bernasib baik berusia antara enam hingga 16 tahun dan  terpaksa beroperasi dalam keadaan serba kekurangan dengan modal sendiri selain sumbangan kenalan rapat. Pengelolanya, Zurina Zainudin, 40 berkata, meskipun tidak pernah terputus bekalan makanan, namun kos bulanan yang perlu ditanggungnya agak tinggi.


BUAT KAJIAN MENYELURUH - 31.01.2016 (SINAR HARIAN)

SELAYANG - Jangan luluskan sebarang pembangunan di Pasar Borong Selayang, sehingga kajian menyeluruh mengenai kawasan tersebut dibuat bagi menyelesaikan isu berbangkit di situ.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Fauzan Madzlan berkata, perbincangan berkaitan sempadan pentadbiran juga perlu jelas bagi menyelesaikan kekeliruan dan pertindihan.

PENANTIAN 31 TAHUN BERAKHIR - 31.01.2016 (SINAR HARIAN)
 

GOMBAK - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM3 juta untuk pembinaan jejantas dan pelebaran jalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 1 dan 2 sekali gus mengakhiri penantian ibu bapa yang bimbang keselamatan anak mereka.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, projek sepatutnya bermula 28 Januari lalu dan mengambil tempoh sepuluh bulan untuk siap sekiranya tiada sebarang masalah teknikal serta kini dalam proses mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

 


Kemaskini pada 2016-10-28 10:48:25 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page