hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

BUAT KAJIAN MENYELURUH - 31.01.2016



Buat kajian menyeluruh

SELAYANG - Jangan luluskan sebarang pembangunan di Pasar Borong Selayang, sehingga kajian menyeluruh mengenai kawasan tersebut dibuat bagi menyelesaikan isu berbangkit di situ.

Ahli Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Mohd Fauzan Madzlan berkata, perbincangan berkaitan sempadan pentadbiran juga perlu jelas bagi menyelesaikan kekeliruan dan pertindihan.

Menurutnya, perkara berbangkit terutama monopoli warga asing, lesen, penjaja haram, sampah dan penyelenggaraan jalan perlu diselesaikan sebelum sebarang pembangunan baharu dibuat.

“Saya tak setuju dengan langkah DBKL menyelesaikan isu warga asing melalui pemasangan pagar konkrit di hadapan Jalan Ipoh yang akhirnya segala masalah perlu ditanggung MPS terutama pengurusan sampah.

“Perlu ada perancangan holistik dengan ambil kira semua faktor supaya cadangan pembangunan yang dibuat mengurangkan risiko kepada penduduk dan kejiranan berhampiran,” katanya.

Beliau berkata, dari segi pengurusan sampah kebanyakan kontraktor dilantik MPS terpaksa angkat tangan kerana tidak sanggup melakukan pembersihan sempurna di kawasan itu.

“Sewaktu kerja penyelenggaraan longkang susulan banjir kilat didapati bukan masalah infrastruktur yang menjadi punca utama sebaliknya ia disebabkan sampah tersumbat," katanya.

Selain itu katanya, kebanjiran warga asing di situ turut membimbangkan terutama membabitkan kes jenayah susulan insiden pergaduhan baru-baru ini.

“Isu warga asing bukan baharu sebaliknya berlarutan lebih 30 tahun sehingga keadaan tidak terkawal dan perlu diselesaikan bagi mengelak keadaan lebih buruk berlaku.

“Ia perlu dimulai dengan rundingan meja bulat oleh kumpulan teknikal untuk menyelesaikan isu persempadanan dan garis halus kawasan,” katanya.


Kemaskini pada 2016-02-02 11:59:30 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page