Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

PENANTIAN 31 TAHUN BERAKHIR - 31.01.2016

Penantian 31 tahun berakhir

GOMBAK - Kerajaan Pusat memperuntukkan RM3 juta untuk pembinaan jejantas dan pelebaran jalan di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Gombak 1 dan 2 sekali gus mengakhiri penantian ibu bapa yang bimbang keselamatan anak mereka.

Senator Datuk Megat Zulkarnain Omardin berkata, projek sepatutnya bermula 28 Januari lalu dan mengambil tempoh sepuluh bulan untuk siap sekiranya tiada sebarang masalah teknikal serta kini dalam proses mendapatkan kelulusan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Menurutnya, pembinaan jejantas tersebut sememangnya amat dinantikan sekolah dan ibu-bapa sejak kedua-dua sekolah beroperasi antara 15 hingga 30 tahun.

“Lokasi sekolah bersebelahan jalan utama membahayakan murid untuk melintas sebab aliran trafik sibuk dan kenderaan dipandu laju.

“Pembinaan jejantas ini mula diimpikan sejak 1985 lagi... Alhamdulillah berkat usaha PIBG dan sekolah yang berterusan, ia dapat direalisasikan," katanya.

Katanya, janji BN untuk mengutamakan keselesaan rakyat dengan memastikan keperluan itu dipandang serius dibuktikan melalui peruntukan Jabatan Perdana Menteri (JPM).

“Meskipun Gombak bukan milik BN tapi ia bukan alasan untuk mengabaikan rakyat. BN takkan jadikan sekolah sebagai medan politik sebaliknya pendidikan menjadi teras pembangunan negara.

“Harap pihak berkaitan, terutama kerajaan negeri dapat memberikan kerjasama daripada segi kelulusan meskipun berbeza parti dengan melihat keperluan kemudahan jejantas kepada orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua PIBG SK Taman Sri Gombak 2, Abdul Hamid Mohamed Yusof berkata, kelulusan projek nyata memberikan kelegaan kepada dua sekolah terbabit yang sebelum ini kerap membangkitkan aspek keselamatan murid.

“Nyaris beberapa kali murid hampir dilanggar dan berlaku kemalangan kecil disebabkan kenderaan cuba mengelak melanggar murid melintas," katanya.

Menurutnya, melalui pelebaran jalan juga membolehkan ruang menunggu disediakan tanpa mengganggu aliran trafik depan sekolah.

"Malah, ibu-bapa juga sudah tidak perlu membuat pusingan U semata-mata mahu menghantar anak depan sekolah.

“Sekolah menjalankan pembelajaran sesi pagi dan petang... kebiasaannya tengah hari waktu paling sibuk di hadapan kedua-dua sekolah yang terletak bersebelah,” katanya.

Penjaga, Jasri Mohamad, 52, berkata, dia gembira apabila penantian mendapatkan jejantas itu tercapai pada 2016.

"Semua enam anak saya bersekolah di sini dan kini hanya tinggal dua saja yang masih sekolah.

"Jejantas ini memudahkan penjaga dan menjamin keselamatan anak-anak yang melintas,” katanya.

Bagi Norashikin Mohd Amin, 35, aliran trafik di jalan utama Sri Gombak itu sentiasa sesak menyebabkan dia tidak berani membiarkan anaknya melintas jalan ke sekolah.

"Walaupun ada pengawal lalu lintas, saya lebih rela meredah kesesakan trafik dan buat pusingan U.

"Kenderaan di sini dipandu laju dan ada antaranya tidak mengendahkan arahan pengawal memberhentikan kenderaan untuk memberi laluan kepada murid melintas.

“Walaupun empat anak saya sudah habis bersekolah di sini, saya yakin jejantas ini memberi kelegaan kepada penjaga lain," katanya


Kemaskini pada 2016-02-02 11:59:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1098537 Tarikh Kemaskini : 27-05-2020