hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 17 DISEMBER 2017 ( RM2.62 bilion laksana program IPR )

RM2.62 bilion laksana program IPR

KUANG - Kerajaan negeri telah membelanjakan lebih RM 2.62 bilion bagi melaksanakan pelbagai program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) sejak tahun 2008.
 
Exco Hal Ehwal Agama, Jawatankuasa Adat Melayu, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi, Dr Ahmad Yunus Hairi berkata, program IPR yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan negeri telah berjaya membantu pelbagai lapisan rakyat di negeri Selangor.
 
“Terkini, program Kasih Ibu Smart Selangor (Kiss) akan kita laksanakan khusus untuk kaum ibu dan permohonan untuk Kiss ini telah pun dibuka sejak semalam.
 
“Kita telah mendapat respons yang sangat positif di kalangan warga ibu di Selangor,” katanya ketika berucap di Program Jelajah Peduli Rakyat di Masjid Nurul Yaqin, Kampung Melayu Sri Kundang, semalam.
 
Hadir sama, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang turut menyerahkan sumbangan kepada sembilan masjid dan surau sekitar Dun Kuang dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM180, 000 serta skim pembiayaan perniagaan Hijrah Selangor (Hijrah) kepada lapan penerima berjumlah RM330, 000.
 
Mohamed Azmin turut menyerahkan sumbangan perlatan dan jersi bola sepak kepada pasukan Cikali FC selain sumbangan sistem audio warga emas turut diserahkan kepada Persatuan Warga Emas Kampung Melayu Sri Kundang.
 
Dalam majlis sama, Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) turut menyampaikan sumbangan pembangunan berjumlah RM20, 000 kepada Masjid Nurul Yaqin serta sumbangan pakaian sekolah kepada lapan orang pelajar.

Kemaskini pada 2017-12-19 10:42:27 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page