hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 18 DISEMBER 2017 ( Mantapkan jati diri remaja dekati al-Quran )

Mantapkan jati diri remaja dekati al-Quran

RAWANG - Rumah Ngaji @ Kapar mengisi Program Cuti Sekolah 'Islam Indah Masyarakat Berkasih Sayang' dengan mengadakan #QuranHour bersama 40 peserta di Muslim Inn, Kuang di sini, baru-baru ini.
 
Penggeraknya yang juga Imam Masjid Al Ansar Kapar, Ustaz Mohd Soim Husin berkata, sesi berinteraksi dengan al-Quran melalui Surah Luqman diharapkan dapat menerap nilai mulia di kalangan anak remaja penduduk Kapar yang berusia dari 7 hingga 17 tahun.
 
“Ini selari dengan kempen My Family #QuranHour dan #Saving Families yang membawa misi masuk syurga sekeluarga. Alhamdulillah, peserta teruja untuk mendekati al-Quran dan mengambil mesej melalui sesi tadabbur dan tazakkur.
 
“Seramai 10 ahli dan tenaga pengajar turut menjayakan program dua hari tersebut bermula 9 Disember lalu untuk dimanfaat peserta pada musim cuti sekolah ini.
 
“Kami menerima sumbangan pihak korporat dan individu bagi menampung kos program. Insya-ALLAH, kami akan mengadakan program seperti ini dengan lebih baik  untuk pengisian berfaedah kepada golongan remaja,” katanya.
 
Pengarah program, Mohd Najib Mat Hashim berkata, pelbagai aktiviti diadakan untuk menambah ilmu dan mengasah bakat peserta.
 
“Perkongsian ilmu daripada penceramah jemputan, iaitu Da’i Wan atau Wan Dazrin Wan Din dan Ustaz Hasnul Jamal Sulaiman (Diwani) dapat menawan hati peserta.
 
“Mereka seronok dengan pendekatan menimba ilmu sambil bersantai di kawasan rumah banglo yang dilengkapi kolam renang. Peserta turut menunjukkan bakat masing-masing dalam pertandingan nasyid dan kemahiran memanah,” katanya.

  •  
  • Print
  • Email this page