hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 22 Disember 2017 ( Kedai emas disamun, rugi RM1.5 juta )

image

RAWANG: Empat lelaki disyaki bersenjatakan dua objek menyerupai pistol, sebilah parang dan tukul besi melarikan sekurang-kurangnya lapan dulang barang kemas dianggar bernilai hampir RM1.5 juta dari sebuah kedai emas dalam pasar raya besar di sini, hari ini.

Suspek yang memakai topi keledar dan berbaju hitam menyerbu masuk ke kedai terbabit jam 3 petang, memecahkan kaca meja pameran dan melarikan barang kemas berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Tey Kong Seng, berkata dalam kejadian itu, tiada pekerja atau pun orang awam yang mengalami sebarang kecederaan.

"Hasil siasatan awal, suspek seramai enam orang menunggang tiga buah motosikal, ketika kejadian, empat daripada mereka masuk ke dalam kedai yang terletak di tingkat satu bangunan pasar raya besar terbabit.

"Keempat-empat suspek masing-masing memegang dua objek menyerupai sepucuk pistol, sebilah parang dan sebuah tukul.

"Manakala, dua lagi suspek menunggu di bahagian bawah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kong Seng berkata, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan bersenjata

Katanya, polis sedang giat mengesan keenam-enam suspek.


Kemaskini pada 2018-01-02 12:27:02 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page