hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 1 Januari 2018 ( Kecewa tanah kerajaan diceroboh )

Kecewa tanah kerajaan diceroboh

SUNGAI BULOH - Tindakan pihak tidak bertanggungjawab menceroboh tanah kerajaan dengan mendirikan sepuluh unit rumah di Kampung Sri Indah di sini, sejak awal tahun lalu, menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan penduduk.

Pengadu hanya mahu dikenali sebagai Tan berkata, aktiviti tersebut didakwa beroperasi sejak tahun 2016 namun sudah dikenalpasti Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Gombak yang kemudian memasang notis larangan menceroboh tanah kerajaan.

Menurutnya, aktiviti tersebut terhenti seketika sebelum kembali dikesan awal tahun lalu yang dilakukan secara berkelompok oleh pihak luar.


“Saya dah tanya kepada ketua kampung kenapa aduan dibuat tetapi tiada tindakan dilakukan dan kerja pencerobohan masih berlaku.

“Isu ini bukan libatkan pencerobohan sahaja tetapi kacau ganggu.. seolah-olah kerajaan negeri tiada undang-undang apabila lori muatan berat keluar masuk siang malam mengganggu ketenteraman awam,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Sri Indah, Wu Tat Chun berkata, pihaknya sudah membuat aduan kepada PTD Gombak sejak Oktober lalu menerusi surat rasmi selepas aktiviti itu dilihat semakin aktif.

“Kita tiada kuasa dan hanya memanjangkan aduan kepada pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Aduan tersebut dibuat atas rasa tidak puas hati orang awam apabila pembinaan rumah tidak mengikut prosedur, tidak bergeran dan membinanya tanpa sebarang kelulusan.

“Tahun lalu kerja tanah dilakukan dan terhenti selepas papan amaran dipasang namun kembali beroperasi dan larangan itu tidak langsung diendahkan,” katanya.


Kemaskini pada 2018-01-02 13:45:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page