hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 17 Januari 2018 ( 'Jangan potong kaki saya' )

'Jangan potong kaki saya'

 

RAWANG -"Jangan potong kaki saya," rintih seorang murid perempuan darjah 4 sebaik melihat anggota bomba mengeluarkan mesin pemotong besi dalam usaha memgeluarkan kakinya yang tersepit pada penutup longkang, hari ini.

Dalam kejadian jam 9.58 pagi itu, mangsa bersama rakan sekelas baru selesai aktiviti di padang dan dalam perjalanan ke bilik kelas.

Pegawai Bomba Kanan 2 dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Nor Faizah Abd Sani berkata, mangsa telah memijak penutup longkang yang salah satu besinya telah patah menyebabkan kaki kanannya tersepit.

Menurutnya, pihaknya mengambil masa hampir lima minit dalam operasi tersebut dan terpaksa menutup mata mangsa bagi menenangkan keadaannya.

"Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 9.58 pagi dan tiba ke lokasi lima minit kemudian.

"Mangsa menangis kesakitan dan sebaik bomba menghidupkan enjin mesin tangisannya semakin kuat memaksa bomba menenangkan mangsa terlebih dahulu.

"Mangsa hanya mengalami cedera ringan termasuk luka kesan melecet, pihak sekolah telah ke klinik berhampiran untuk pemeriksaan lanjut," katanya.


Kemaskini pada 2018-01-19 15:44:14 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page