hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 18 Januari 2018 ( Dua beradik hilang ditemui )

Dua beradik hilang ditemui

 

RAWANG - Dua beradik yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu ditemui dalam keadaan selamat oleh orang awam yang melihat mereka sedang bermain hujan di Kampung Sg Penchala, semalam.

Ketua Polis Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, dua beradik berusia 14 dan tiga tahun itu ditemui jam 6.45 petang dan dimaklumkan kepada bapa mereka.

Menurutnya, tiada sebarang kecederaan dikesan kepada mangsa dan siasatan lanjut mengenai kejadian sedang dijalankan oleh pihak polis.

Sinar Harian semalam melaporkan kebimbangan Jamaliah Mohd Sidek,38 selepas anak sulung, Nor Syafiqah Zaki yang keluar ke kedai jam 1 tengahari bersama adiknya Aiman Daniel tidak pulang ke rumah.

Bimbang keselamatan anak-anaknya yang gagal dihubungi dan telefon bimbit dimatikan menyebabkannya meminta bantuan polis untuk menjejaki kedua-dua beradik tersebut.


Kemaskini pada 2018-01-19 15:45:43 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page