hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 11 Januari 2018 ( D7 Gombak serbu premis judi )

image

 

GOMBAK: Tidak sampai dua minggu beroperasi, sebuah pusat judi simulator diserbu Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, petang tadi.

Dalam serbuan pada jam 2.30 petang itu, premis di Taman Selayang Segar, di sini didapati menjalankan operasi perjudian menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat bertarikh 1 Januari 2018.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad, berkata pihaknya mengesan beberapa pengusaha pusat judi yang kini cuba menggunakan lesen pusat hiburan dan istirehat untuk menjalankan kegiatan mereka.

"Mereka cuba berselindung, bagaimana pun kita berjaya kesan juga helah mereka hasil intipan dan maklumat.

"Pengusaha premis judi ini menggunakan baucer khas yang diberikan kepada pelanggan yang menang, kemudian pelanggan ini keluar dari premis dan menukarkan baucer dengan wang tunai dengan individu yang menunggu di luar.

"Kita akan teruskan operasi memburu pengusaha judi, kita akan menumpukan kepada premis yang beroperasi sebagai pusat hiburan dan istirehat, dan kepada orang awam kita amat mengalu-alukan sebarang maklumat berkaitan premis perjudian," katanya kepada pemberita di lokasi serbuan.

Ali berkata, dalam serbuan itu seramai sembilan individu ditahan berusia dalam lingkungan 30 hingga 50 tahun, termasuk seorang penjaga premis.

"Empat daripada yang ditahan adalah warga asing, selain itu kita juga merampas tiga mesin judi simulator dan wang tunai berjumlah RM150.

"Operasi akan diteruskan setiap hari bagi memastikan kegiatan ini dapat dihapuskan sepenuhnya.

 

"Kes disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953," katanya.


Kemaskini pada 2018-01-19 16:01:05 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page