hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 22 Januari 2018 ( Gangguan bekalan air di Gombak, Hulu Selangor )

Syabas

KUALA LUMPUR – Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara dari Rabu hingga Jumaat ini berikutan kerja-kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dalam kenyataan hari ini menyatakan kawasan terlibat ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9  di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.
Kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang di Hulu Selangor.

"Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja penambahbaikan berkenaan dilakukan pada tarikh tersebut.

"Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja-kerja tersebut secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan-kawasan terlibat," menurut Syabas.

Pengguna boleh merujuk ke laman web www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar “mySyabas” untuk maklumat terkini mengenai gangguan bekalan air itu. – Bernama


Kemaskini pada 2018-01-23 10:53:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page