hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 12 Februari 2018 ( 13 jenis barangan ditetapkan harga maksimum)

image

RAWANG: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 13 jenis barangan, berkuat kuasa bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baharu Cina 2018.

Antara barangan disenaraikan bawah skim berkuat kuasa 10 hingga 21 Februari depan ialah ayam, telur, bawang putih dan ikan bawal putih.

Pengarah KPDNKK, Ahmad Fauzi Idris, berkata penentuan harga maksimum pengeluar, borong dan runcit dibuat mengikut permintaan serta kesesuaian masa.

Beliau berkata, ia bagi memastikan harga ditetapkan berpatutan menerusi rantaian pengedaran, seterusnya memberi manfaat kepada pengguna dan peniaga.

"Harga maksimum ditentukan bagi 13 barangan di 91 daerah dan kawasan di Semenanjung, 31 daerah di Sarawak, 27 daerah di Sabah dan satu daerah di Wilayah Persekutuan Labuan.

"Kita membuat keputusan itu selepas melakukan pemantauan harga di semua daerah seluruh negara sepanjang tahun lalu dan bulan lalu.

"KPDNKK juga sudah mendapatkan pelbagai pandangan daripada agensi berkaitan seperti Jabatan Perikanan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mengenai isu berbangkit.

"Selain itu, perbincangan dengan pengeluar, pengimport, pembekal dan pemborong turut diadakan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan kerja ke sebuah pasar raya besar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, katanya, peniaga diwajibkan mematuhi skim baharu itu dan meletak tanda harga khas berwarna merah jambu pada barangan harga terkawal untuk dibezakan dengan produk lain.

Beliau berkata, peniaga juga digalakkan menjual barangan terbabit pada harga lebih rendah daripada harga maksimum.

"Mereka yang melakukan kesalahan akan diambil tindakan bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011," katanya.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh e-mel ke: e-aduan@kpdnkk.gov.my atau menghubungi talian 03-8000 8000.


  •  
  • Print
  • Email this page