hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 18 Februari2018 ( Dua pekerja kilang tayar melecur )

Dua pekerja kilang tayar melecur

KUANG - Dua pekerja warga Bangladesh melecur anggota badan selepas kilang tayar tempatnya bekerja terletak di Kampung Orang Asli di sini terbakar, pagi tadi.

Dalam kejadian jam 10.23 pagi itu,  kedua-dua mangsa masing-masing melecur 80 peratus dan 40 peratus dibantu pekerja lain keluar dari lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa sedang menyelenggarakan 'skid tank' yang secara tiba-tiba meletup sebelum api mulai merebak ke longgokan tayar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Arang, Yazli Yahya berkata, dianggarkan 60 peratus kawasan kilang terbakar.

Menurutnya, sebanyak lima jentera dikejarkan ke lokasi dalam operasi pemadaman di kilang berkeluasan 10,000 kaki persegi itu.

"Bilik gerakan menerima panggilan kecemasan jam 10.23 pagi dan tiba di lokasi 28 minit kemudian.

"Jentera pertama tiba dari BBP Sungai Buloh diikuti Batu Arang dan Rawang yang mengambil masa 15 minit untuk mengawal kebakaran.

"Laporan awal kejadian mendapati kawasan terjejas adalah pada longgokan tayar dalam kilang. Seramai empat pekerja berada dalam kilang berkenaan ketika kejadian," katanya.

Katanya, mangsa dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Punca kejadian dan anggaran kerugian masih dalam siasatan. Seramai 33 anggota termasuk lima pegawai terlibat dalam operasi tersebut," katanya.


  •  
  • Print
  • Email this page