hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita Harian - 06 Ogos 2018 - Bakar sampah, penduduk sesak nafas

image

RAWANG: Tindakan pihak tidak bertanggungjawab membakar sampah di tapak pembuangan sampah haram berhampiran sebuah kilang papan dekat Batu Arang, di sini, meresahkan penduduk sekitar Green Valley, Bandar Tasik Puteri.

Malah, ada dalam kalangan mereka dikatakan mengalami sesak nafas.

Kebakaran yang bermula pagi semalam masih gagal dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba sehingga petang ini berikutan ia membabitkan kawasan kebakaran seluas 0.8 hektar.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Bomba Selangor, Mohd Rizal Buang, berkata tempat pelupusan sampah berkenaan adalah di atas tanah milik persendirian.

“Keluasan kawasan terjejas kebakaran di tapak pelupusan sampah haram dianggarkan seluas 0.8 hektar di tanah hak milik persendirian dan pemiliknya sudah dikenal pasti. Struktur tanah adalah bekas lombong dengan ketinggian cerun enam meter.

“Operasi bersepadu bersama Pejabat Tanah Daerah (PTD) Gombak, Agensi Pertahanan Awam (APM), JBPM, Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Gombak, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Worldwide Holdings dilaksanakan bermula hari ini dan api dijangka padam sepenuhnya dua hari lagi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, mesin jengkaut MPS tiba di lokasi petang tadi bagi membantu kerja pemadaman selain turut dibantu dengan pemantauan dron.

“Pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS), PTD dan MPS sudah menjalankan tanggungjawab masing-masing sebagai tindakan terhadap individu yang bertanggungjawab dalam kejadian ini.

“Sehingga jam 2.30 petang tadi, kami bersama agensi lain masih bertungkus-lumus memadam kebakaran,” katanya.


Kemaskini pada 2018-08-14 11:48:33 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page