hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 09 Ogos 2018 - Treler terbalik, hempap bahagian depan kereta

Treler terbalik, hempap bahagian depan kereta

RAWANG - Sebuah treler terbalik petang tadi dan muatan kayu dibawanya  menghempap bahagian depan sebuah kereta.

Kejadian di jejantas berhampiran Stesen Komuter Rawang itu berlaku kira-kira jam 7 petang mengakibatkan kesesakan lalu lintas selain menarik perhatian orang awam.

Insiden tersebut disiarkan menerusi  Facebook Live oleh orang awam yang  ditonton 2, 400 pelayar dan 82 perkongsian.

Paparan menunjukkan kedudukan lori melintang jalan menghempap bahagian depan Proton Waja dan menghalang kenderaan di laluan dari Balai Polis Rawang menuju Kuala Garing.

Bagaimanapun, keadaan pemandu lori dan pemilik Proton Waja itu tidak dapat dipastikan.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rawang, Bonny Martin ketika dihubungi memaklumkan, bilik gerakan tidak menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut.


Kemaskini pada 2018-08-14 11:53:20 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page