hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Sinar Harian - 12 Ogos 2018 - Jadi ejen keselamatan kebakaran

Jadi ejen keselamatan kebakaran

AMPANG - Persatuan penduduk di kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana disarankan melibatkan diri dalam pasukan bomba komuniti yang bertindak sebagai ejen keselamatan kebakaran dan kesedaran awam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ampang, Ariff Mohamed Kassim berkata, pasukan bomba komuniti ini juga membantu pihak bomba menjalankan kerja-kerja kebombaan seperti memadam kebakaran, penjagaan pili bomba dan lain-lain yang berkaitan.

"Ia juga dapat merapatkan lagi hubungan antara pihak bomba dengan masyarakat sekali gus meningkatkan semangat kejiranan,” katanya.

Ariff berkata, bomba komuniti juga bertindak sebagai pemberi maklumat jika berlaku kebakaran seperti membantu pemadaman peringkat awal dan pengosongan bangunan.

"Pasukan ini juga dapat membantu kita dalam melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan seperti gotong-royong, khidmat khas dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, di kawasan Ampang kini terdapat lapan pasukan bomba komuniti.

Manakala, statistik kes kebakaran di kawasan berkenaan pada awal tahun sehingga Jumaat lalu mencatatkan sebanyak 138 kes.

"Kes kebakaran sepanjang tahun lalu pula adalah sebanyak 205 kes, manakala kes penyelamatan sejak awal tahun hingga Jumaat lalu adalah sebanyak 208 kes berbanding sepanjang tempoh tahun lalu 433 kes,” katanya selepas menghadiri Program Bomba bersama Masyarakat di Masjid Bukit Antarabangsa, di sini, semalam.

Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Suzana Saharudin.

Sementara itu, Suzana berkata, pihaknya mengalu-alukan penglibatan masyarakat di kawasan Jawatankuasa Penduduk (JKP) Zon 5 Bukit Antarabangsa dalam pasukan bomba komuniti.

"Kita juga telah berbincang dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Ampang untuk menubuhkan pasukan Bomba Komuniti terbesar untuk kawasan Bukit Antarabangsa dan Ukay Perdana,” katanya.

Menurutnya, ahli pasukan bomba komuniti ini akan terlibat dengan kursus yang telah disediakan oleh pihak bomba.

"Kita juga akan cuba mendapatkan peralatan yang boleh dibekalkan kepada pasukan bomba komuniti ini,” katanya.  


Kemaskini pada 2018-08-14 11:58:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page