PECAH SEMPADAN DAN TUKAR SYARAT SERENTAK
DEFINISI
Permohonan serentak pecah sempadan dan tukar syarat tanah bermaksud mendapatkan satu (1) hakmilik atau lebih dengan tujuan mengubah / mengenakan jenis kegunaan tanah untuk membolehkan ianya dimajukan bagi maksud yang lain daripada yang dibenarkan pada masa ini.
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri.
3. Permohonan hendaklah disertakan dengan dokumen - dokumen berkaitan.
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
1. |
Kurang daripada 10 hektar |
RM 120.00 |
2. |
10 hektar hingga 50 hektar |
RM 360.00 |
3. |
Lebih 50 hektar |
RM 600.00 |
Catatan :
Bayaran permohonan yang dikenakan adalah berdasarkan Kaedah Tanah Selangor
Kemaskini pada 2016-05-13 12:23:54 daripada Administrator