hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

02 Januari 2020 - Sinar Harian - Bas terbakar di Selayang bukan milik Rapid Bus

image

KUALA LUMPUR - Rapid Bus Sdn Bhd (Rapid Bus) menafikan bas henti-henti yang terbakar di Selayang petang semalam milik syarikatnya.

Rapid Bus dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, reka bentuk dan warna bas yang hampir menyerupai bas Rapid KL menyebabkan berlaku kekeliruan dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya, insiden kebakaran bas semalam dikaitkan dengan kejadian kebakaran bas Rapid KL di Batu Caves, Ahad lalu.

"Siasatan awal mendapati, bas tersebut lulus pemeriksaan Puspakom dan rekod penyelenggaraannya mengikut jadual. Bas itu juga tidak menunjukkan sebarang masalah serta mematuhi prosedur operasi perkhidmatan ditetapkan," memetik kenyataan itu.
Mengulas lanjut, Rapid Bus dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor sedang bekerjasama menyiasat punca kejadian.

"Ia langkah awal bagi mengelak insiden sama berulang. Di samping itu, Rapid Bus juga telah mewujudkan badan siasatan dalaman bagi mengenal pasti punca kejadian dan melakukan tindakan yang perlu terhadap bas-bas Rapid KL," katanya.

Semalam Sinar Harian melaporkan insiden 50 penumpang bas henti-henti berdepan detik cemas selepas bas dinaiki mereka tiba-tiba berasap dan terbakar.

Susulan itu, beberapa netizen mendakwa bas berkenaan milik Rapid Bus disebabkan warnanya yang menyerupai Rapid KL.


Kemaskini pada 2020-01-03 10:07:22 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page