Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

05 Februari 2020 - Sinar Harian - KPKT lulus 18 projek penyelenggaraan perumahan di Selayang

RAWANG - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) meluluskan peruntukan RM5 juta untuk 18 projek penyelenggaraan perumahan di kawasan Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata, permohonan oleh Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) kepada KPKT tahun lalu diluluskan di bawah Tabung Penyelenggaraan Perumahan Malaysia (TPPM).

“Sebanyak sembilan projek diluluskan di Parlimen Selayang manakala selebihnya projek di kawasan Gombak, Damansara dan Sungai Buloh.

“MPS akan membuat taksiran sebelum proses tender pada April. Dijangka kerja penyelenggaraan akan bermula secara berperingkat Mei ini,” katanya selepas membuat tinjauan di Pangsapuri Taman Pelangi semalam.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat.

Sementara itu, Wei Kiat berkata, sebanyak empat projek penyelenggaraan perumahan di Rawang diluluskan melibatkan peruntukan hampir RM2 juta.

“Pangsapuri terlibat adalah Las Palmas Bandar Country Homes, Taman Tun Teja, Desa Sri Bayu dan Taman Pelangi.

“Kebanyakan projek adalah membaiki bumbung, ada juga libatkan membaiki lif, paip, pengadang tangga, pendawaian elektrik, tangki air dan lain-lain,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi MC pangsapuri Taman Pelangi, Zulkefli Che Lah, meluahkan kesyukuran selepas isu penyelenggaraan bumbung yang dihadapi sejak sejak enam tahun lalu akhirnya mendapat perhatian.

“Masalah bumbung bocor dan tercabut kerap berlaku setiap kali hujan lebat dan angin kencang, namun untuk baiki secara total kami tiada mampu kerana libatkan kos yang besar.

“Apabila permohonan penyelenggaraan ini diluluskan kami sangat gembira kerana sudah menunggu lama untuk penggantian bumbung melibatkan pangsapuri 200 unit ini,” katanya.


Kemaskini pada 2020-02-06 10:51:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1141435 Tarikh Kemaskini : 07-08-2020