hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

15 April 2020 - Sinar Harian - Suspek edar dadah dalam bungkusan roti canai diberkas

image

GOMBAK – Seramai lima individu termasuk dua wanita ditahan kerana dipercayai terlibat dengan pengedaran dadah dalam bungkusan roti canai.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 70 tahun itu diberkas sepasukan anggota polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak dalam operasi di kawasan Petaling Jaya dan Setiawangsa.

“Kita menahan seorang suspek yang memesan bungkusan tersebut di Setiawangsa semalam.

"Tiada sebarang penemuan dadah bersamanya namun hasil ujian air kencing mendapati suspek yang merupakan pelajar kolej itu positif dadah,” katanya melalui kenyataan media hari ini.

Arifai berkata, pihaknya juga telah menangkap seorang lagi lelaki yang membekalkan bungkusan itu dalam serbuan di sebuah rumah di Bangsar pada jam 12.30 tengah malam.

“Turut ditangkap seorang lelaki dipercayai rakannya yang bekerja sebagai pembantu kedai serta dua wanita yang berada dalam rumah tersebut.

“Dalam serbuan ini, kita merampas satu ketulan mampat dan beberapa peket dadah disyaki jenis ganja,” katanya.

Kelmarin, seorang pekerja penghantar makanan terkejut selepas bungkusan makanan yang dibawanya berisi peket dadah di Gombak di sini.

Arifai berkata, pihaknya menerima satu laporan daripada pengadu terbabit kira-kira jam 7 petang.

“Lelaki berusia lingkungan 30-an itu menyatakan dia menerima pesanan melalui aplikasi tempahan daripada seorang individu di Tropicana Petaling Jaya untuk menghantar bungkusan kepada penerima di Setapak, Kuala Lumpur.

“Semasa berada di kawasan Gombak, pengadu telah membuka bungkusan itu kerana berasa tidak sedap hati. Setelah dibuka didapati dalam bungkusan roti canai itu terdapat dua peket plastik lut sinar disyaki dadah,” katanya.


Kemaskini pada 2020-04-16 13:12:48 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page