hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

11 Mei 2020 - Sinar Harian - MPS wajibkan penyewa, pekerja pasar awam jalani saringan

image

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mewajibkan penyewa dan pekerja di semua pasar-pasar awam bawah seliaan pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalani ujian saringan koronavirus (Covid-19).

Pengarah Jabatan Korporat MPS, Mohamad Zin Masoad berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pengunjung dan orang ramai di setiap pasar terjamin.

Beliau berkata, proses saringan pertama telah dilaksanakan pada 8 Mei lalu melibatkan semua penyewa dan pekerja Pasar Awam Selayang Baru seramai 421 orang.

"Proses saringan ini akan diteruskan kepada semua penyewa dan pekerja pasar awam MPS yang lain sepanjang minggu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebelum ini, kerajaan mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan memberi kelonggaran kepada beberapa industri dalam usaha meningkatkan semula sektor ekonomi negara susulan serangan Covid-19.

Mengulas lanjut, Mohamad Zin berkata, setiap peniaga juga diarahkan melakukan pembersihan di petak masing-masing menggunakan bahan pencuci bercampur cecair nyahkuman dengan nisbah 1:9 setiap kali selepas perniagaan dijalankan.

"Untuk keselamatan pengunjung, MPS telah melaksanakan kawalan di setiap pasar awam dengan menempatkan kakitangan bertugas bagi pengambilan suhu badan penyewa dan pengunjung serta memastikan mereka mencuci tangan sebelum dibenarkan beroperasi.

"MPS juga hanya membuka satu akses kepada pengunjung dan melekatkan penanda di atas lantai untuk panduan jarak sosial," katanya.


Kemaskini pada 2020-05-13 10:15:36 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page