Reset Setting Change font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK

19 Jun 2020 - Sinar Harian - Kes scam di Gombak meningkat

GOMBAK - Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mencatatkan peningkatan kes penipuan atas talian (scam) dengan jumlah kerugian sebanyak RM7. 4 juta tahun ini berbanding RM909, 000 pada tahun sebelumnya.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, sehingga 16 Jun lalu sebanyak 42 kes disiasat dengan peningkatan lima kes berbanding tempoh sama tahun lalu melibatkan penipuan Macau Scam, e-belian, African Scam dan pinjaman tidak wujud.

Menurutnya, kebanyakan mangsa yang terpedaya ialah warga emas yang mudah panik ketika menerima panggilan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai dari agensi kerajaan atau individu yang meminta pemindahan wang dilakukan atas alasan tertentu.

"Orang ramai perlu lebih berhati-hati dan meningkatkan pengetahuan mengenai trend penipuan atas talian supaya tidak menjadi mangsa," katanya pada sidang akbar selepas menyaksikan pelupusan barang kes cakera padat video (VCD) dan cakera video digital (DVD) haram di padang kawad IPD Gombak di sini hari ini.

Turut hadir, Majistret Gombak, Nik Mohd Fadli Nik Azlan serta wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Arifai berkata, tahun lalu Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombak menahan 90 individu dan 87 daripada mereka dituduh di mahkamah.

"Pada tahun ini, sebanyak 38 kertas siasatan dengan 40 individu yang kebanyakannya melibatkan pemilik akaun telah dituduh.

"Tindakan di bawah Seksyen 424 Kanun Keseksaan iaitu mengalih atau menyembunyikan harta secara tidak jujur atau penipuan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, " katanya.

Katanya, orang ramai boleh melayari portal www.ccid.rmp.gov.my untuk menyemak maklumat akaun yang mempunyai rekod atau muat turun aplikasi semak tipu ccid untuk mendapatkan maklumat sama.

Dalam perkembangan sama Arifai berkata, IPD Gombak melupuskan barangan kes melibatkan VCD dan DVD lucah serta peralatan seks bernilai RM74,965.

"Sebanyak 14,993 keping VCD dan DVD lucah dilupuskan melibatkan 29 kertas siasatan bagi tahun 2011, 2012 dan 2019 yang telah selesai," katanya.


Kemaskini pada 2020-07-01 12:40:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Dasar Privasi & Dasar Keselamatan | Hakcipta | Mengenai Kami | W3C | Peta Laman | Hubungi Kami

Hakcipta © 2019 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan

Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak
Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor

No Telefon : 03-61261500 , No Faks : 03-61361073 , Emel : gombak@selangor.gov.my

Paparan terbaik menggunakan :  IE9 Ke atas/ Firefox 11 Ke atas / Google Chrome resolusi 1280 x 720 ke atas 

Total count : 1141435 Tarikh Kemaskini : 07-08-2020