SERAH SEBAHAGIAN
DEFINISI
Serah sebahagian tanah bermaksud menyerahkan atau mengeluarkan suatu bahagian itu daripada keluasan hakmiliknya, kebiasaannya bagi tujuan pembangunan dan diserah untuk kegunaan awam seperti jalan dan parit.
Maklumat Lanjut
CARA PERMOHONAN
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah.
2. Permohonan mestilah dibuat oleh pemilik tanah sendiri atau Jurukur yang telah dilantik oleh pemohon.
KUASA MELULUSKAN
1.Pentadbir Tanah Klang bagi hakmilik yang dipegang oleh Pejabat Tanah.
2.Pengarah Tanah dan Galian Selangor bagi hakmilik yang dipegang oleh Pendaftar Negeri.
BAYARAN PERMOHONAN YANG DIKENAKAN
Tiada sebarang pembayaran yang dikenakan.
Kemaskini pada 2016-05-13 12:22:06 daripada Administrator