hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

16 Julai 2020 - Sinar Harian - Bergelut Ketika Pemeriksaan Polis

image

GOMBAK - Seorang lelaki yang ditahan bertindak agresif apabila bergelut dengan anggota polis dalam kejadian di kawasan kuil di Batu Caves, di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah malam itu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak mengesan kereta jenis Perodua Myvi dinaiki lelaki terbabit dalam keadaan mencurigakan.

"Semasa pemeriksaan, suspek enggan memberikan kerjasama dan ketika tangkapan hendak dibuat, telah berlaku sedikit pergelutan antara suspek dengan anggota polis.
"Suspek berusia 35 tahun itu bagaimanapun berjaya ditangkap," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut di dalam kereta suspek telah menemukan sebilah pisau berukuran 7.3 inci yang diletak di celah tempat duduk pemandu.

Katanya, suspek telah dibawa ke IPD Gombak untuk tindakan lanjut.

"Kes disiasat di bawah seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan," katanya.


  •  
  • Print
  • Email this page