hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

03 Ogos 2020 - Sinar Harian - Gangguan Bekalan Air 25 Jam di Gombak Bermula 11 Ogos

image

KUALA LUMPUR - Sebanyak 20 kawasan di Wilayah Gombak bakal berdepan gangguan bekalan air berjadual untuk tempoh 25 jam bermula 11 sehingga 12 Ogos ini susulan henti tugas sementara di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Gombak.
Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi satu kenyataan media hari ini memaklumkan henti tugas berkenaan dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal di LRA berkenaan.

Air Selangor berkata, pelaksanaan kerja-kerja penambahbaikan dan penggantian aset kritikal ini perlu dilaksanakan bagi membolehkan loji berkenaan beroperasi dengan lebih cekap di samping memastikan semua peralatan sentiasa berada dalam keadaan baik.
"Kerja-kerja ini akan bermula pada 11 Ogos jam 8.30 dan dijangka sebanyak 20 kawasan di Wilayah Gombak bakal mengalami gangguan bekalan air berjadual ini," katanya.

Menerusi senarai berkenaan, antara kawasan yang dijangka terlibat ialah Batu 8 Jalan Gombak, Batu 9 Jalan Gombak, Batu 10 Jalan Gombak, Taman Permai Jaya Gombak, Kampung Sungai Salak, British Malaysia Institute, Sekolah Al Amin, International Islamic School dan Kolej Vokasional Gombak.

Selain itu, kawasan lain yang turut terjejas ialah Taman Mutiara, Sekolah Integrasi Gombak, Kampung Sungai Cincin, Kampung Tengah Gombak, Kampung Sungai Pusu, Villa Bistari, Desa Gemilang, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Apartment UIAM, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) dan Hospital JHEOA.


  •  
  • Print
  • Email this page