Tetapan Semula Kecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
Tanah_gombak_background.jpg
image5.jpg
image7.jpg

Untuk Pengguna [ x ]                          

qrcode

SOAL SELIDIK KEPUASAN
PELANGGAN PDTG

SILA KLIK


Soalan
Lazim

Hubungi
Kami

Maklumbalas &
Aduan

Peta
Laman

13 September 2020 - Sinar Harian - Ibu, bayi cedera dihempap struktur rumah

GOMBAK - Seorang wanita dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan cedera dihempap struktur rumah yang runtuh dalam kejadian di Jalan Berlian 8, Kampung Wira Damai di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa, Nurfatin Syafinaz Rohman, 27, dan bayinya ditemukan di dalam sebuah bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Turut berada di dalam bilik berkenaan adalah suaminya yang hanya mengalami cedera ringan sementara seorang lagi anak lelakinya yang berusia empat tahun tidak cedera.

Menceritakan kejadian, ibu mangsa, Faizah Mohd Hussin, 68, berkata, ketika kejadian itu dia baru sahaja beberapa minit keluar dari rumah untuk memetik buah mangga sebelum terdengar dentuman kuat.

"Sebelum kejadian saya baru saja berbual dengan anak (Nurfatin Syafinaz) sebelum dia masuk ke bilik untuk menyusukan bayinya.

"Ketika keluar untuk memetik buah mangga saya terdengar bunyi kuat dan selepas masuk ke dalam rumah saya dapati anak dan cucu saya berada di bawah runtuh dinding dan tidak sedarkan diri," katanya ketika ditemui Sinar Harian di lokasi kejadian hari ini.

Faizah berkata, dia kemudian menjerit meminta pertolongan daripada jiran-jiran untuk mengeluarkan anak dan cucunya.

"Kini anak dan cucu saya dirawat di Hospital Selayang dan keadaan mereka dilaporkan stabil," katanya.

Terdahulu, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari membuat lawatan ke lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bandar Baru Selayang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Ahmad Syauqi Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.16 petang dan sampai ke lokasi 20 minit kemudian.

"Sebaik tiba di lokasi didapati terdapat empat mangsa berada di dalam rumah berkenaan terdiri daripada sepasang suami isteri dan dua anak lelaki termasuk bayi berusia dua bulan.

"Bagaimanapun semua mangsa telah dikeluarkan orang awam. Ibu dan bayi yang cedera dibawa ke Hospital Selayang menaiki Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS)," katanya.

Katanya, siasatan berhubung kejadian itu diteruskan termasuk mengenal pasti risiko-risiko lain bagi mengelak insiden sama berulang.

"Pihak bomba menasihatkan rumah terbabit dikosongkan buat sementara waktu. Arahan sama turut keluarkan di unit berhampiran kerana khuatir serpihan struktur yang ada akan menyebabkan runtuhan.

"Siasatan awal mendapati bumbung dan dinding yang memisahkan rumah berkenaan dengan rumah sebelah telah runtuh," katanya.


  •  
  • Print
  • Email this page