hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

08 Disember 2020 - Sinar Harian - Tiga lagi premis haram dirobohkan

image

RAWANG - Walaupun beberapa kali diberi notis arahan supaya mengosongkan kawasan, namun tiga premis haram yang dibina di atas tanah kerajaan berhampiran Sungai Rawang di sini tetap degil dan meneruskan operasi perniagaan.

Disebabkan kedegilan itu, ketiga-tiga premis haram iaitu bengkel jentera berat, kandang lembu dan stor barang lusuh di Kuala Garing dirobohkan Majlis Perbandaran Selayang (MPS) hari ini.

Yang di-Pertua MPS, Shamsul Shahril Badliza Mohd Noor berkata, sehingga kini enam daripada lapan premis haram yang dikenal pasti beroperasi atas rizab kerajaan telah diambil tindakan.

"Ada pihak mempertikaikan dengan mengatakan ia tanah milik persendirian. Kalau diikutkan tanah ini mempunyai pemilik, tetapi tempoh pajakannya telah tamat, maka tanah ini telah jadi hak milik kerajaan.

"Susulan itu, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak telah mengeluarkan beberapa kali notis pengosongan termasuk yang terakhir minggu lepas supaya mereka mengosongkan kawasan, tapi mereka ingkar sebelum tindakan perobohan diteruskan mengikut Seksyen 425 Akta Kanun Tanah Negara," katanya ketika ditemui di lokasi operasi perobohan di Kuala Garing di sini hari ini.


Kemaskini pada 2020-12-24 09:49:31 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page