hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

30 November 2020 - Sinar Harian - Polis berkas ketua kumpulan kongsi gelap Geng 36 Selayang

image

GOMBAK - Polis menumpaskan kumpulan kongsi gelap Geng 36 Selayang setelah menangkap ketua kumpulan yang dikenali sebagai Malik di sebuah rumah di Damansara, Petaling Jaya pada 31 Oktober lalu.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, pihaknya turut merampas sepucuk pistol jenis revolver.

"Senjata api itu dipercayai digunakan untuk melakukan jenayah di daerah ini," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak, di sini hari ini.
Arifai berkata, siasatan lanjut mendapati lelaki berusia 31 tahun itu mempunyai 10 rekod jenayah lampau.

"Malik juga dikehendaki polis bagi membantu siasatan berhubung tujuh kes jenayah," katanya.

Arifai berkata, seramai 16 orang yang disyaki ahli Geng 36 Selayang telah ditahan sejak awal tahun ini.

"Sembilan daripada mereka telah diambil tindakan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), manakala selebihnya telah dituduh di mahkamah.

"Hasil siasatan mendapati dua adik-beradik Malik turut terlibat dalam kumpulan kongsi gelap itu," katanya.

Beliau berkata, kumpulan tersebut bergiat aktif melakukan jenayah di Selayang, Gombak dan Batu Caves sejak 2017.

"Sepanjang tempoh itu banyak kes dilaporkan antaranya ugutan jenayah, samun, khianat dengan api dan bunuh," katanya.

Arifai berkata, pihaknya masih memburu lima individu bagi membantu siasatan berhubung kes bunuh yang membabitkan kumpulan tersebut.

"Kita sedang mengesan lima individu itu dikenali sebagai Mugeelan, Ganageshwaran, M Jayenthiran, G Navinthiran dan Prem Ganesh.

"Orang ramai yang mengenali individu tersebut boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Mohammad Fairus Baharom di talian 0132885449 atau balai polis berhampiran," katanya.


Kemaskini pada 2020-12-24 15:12:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page