
PEMAKLUMAN OPERASI KAUNTER PERKHIDMATAN
PEJABAT DAERAH DAN TANAH GOMBAK
SEPANJANG TEMPOH KAWALAN PERGERAKAN (PKP)
Berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Kerajaan, Kaunter Hasil (bayaran cukai tanah) boleh dilakukan secara atas talian di pautan https://ehasil.selangor.gov.my dan kaunter Pendaftaran (LANDED: HSM/GM/PM) secara temujanji (bagi pihak guaman) melalui pautan http://bit.do/etemujanjilanded atau scan QR Code
PENDAFTARAN 1 (LANDED) |
|
Para pelanggan diingatkan supaya mematuhi sepenuhnya SOP yang ditetapkan oleh Kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia seperti mengimbas QR Code MySejahtera/SELangkah, memakai pelitup separuh muka, mengimbas suhu badan dan penjarakan fizikal ketika berurusan di Pejabat Daerah dan Tanah Gombak.
Waktu Operasi Kaunter
ISNIN - KHAMIS : 8.30 PAGI - 3.30 PETANG dan
JUMAAT : 8.30 PAGI - 11.45 PAGI, 2.45 PETANG - 3.30 PETANG
Segala perakusaksian borang KTN adalah tertakluk bagi HAKMILIK NEGERI SELANGOR sahaja sepanjang tempoh PKP/PKPB/PKPP/PKPD. Sila hubungi 03-6126 1500 untuk sebarang pertanyaan.
Kemaskini pada 2021-03-01 15:52:06 daripada Administrator