hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita 2021

BERITA "ONLINE" ATAS TALIAN 


BULAN JANUARI


 


BULAN FEBRUARI


09 Februari 2021 - Sinar Harian -  Lima lori disita disyaki buang sampah haram

SELAYANG - Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyita lima lori yang disyaki membuang sampah di lokasi 'hotspot' pelupusan sampah haram sekitar Selayang dalam operasi berasingan baru-baru ini.


13 Februari 2021 - Sinar Harian - Kes remaja maut ditikam abang ipar masih dalam siasatan

GOMBAK - Siasatan kes seorang remaja maut dipercayai ditikam oleh abang iparnya di tempat letak kereta di Pinggiran Batu Caves, di sini pada Ahad lalu masih diteruskan.


14 Februari 2021 - Sinar Harian - Polis tahan pemandu kereta rempuh SJR

GOMBAK - Polis menahan seorang lelaki yang merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Jalan Besar Desa Aman Puri, Desa Jaya di sini pada awal pagi Ahad.


BULAN MAC


02 Mac 2021 - Sinar Harian - Penerima hati pertama meninggal dunia

SELAYANG, Penerima hati pertama negara, Mohd Afiq Ikmal Muhammad Zaini, 23, yang sebelum ini dilaporkan kritikal sejak 13 Februari lalu meninggal dunia pada Selasa.Berita tersebut dikongsikan Leftenan Kolonel Bersekutu (PA) Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail yang juga penderma hati kepada Mohd Afiq Ikmal.


04 Mac 2021 - Sinar Harian - Pokok ‘Gombak’ jaga alam sekitar

POKOK 'Gombak’ atau nama asalnya pokok Gapis (Saraca thaipengensis/yellow saraca) adalah pokok yang banyak tumbuh di sepanjang tepian sungai. 


09 Mac 2021 - Sinar Harian - Dua lelaki ditahan curi elektrik lombong bitcoin

GOMBAK - Dua lelaki ditahan kerana disyaki mencuri bekalan elektrik untuk melombong mata wang digital bitcoin di sebuah premis di Jalan Rawang Putra 1 Rawang di sini pada Selasa. 


BULAN APRIL


11 April 2021 - Sinar Harian - E-Kitchen bantu peniaga berniaga di bulan Ramadan: MB Selangor

SELAYANG - Kerajaan negeri menyediakan kemudahan untuk peniaga memasarkan jualan makanan mereka di bulan Ramadan secara dalam talian menerusi platform Selangor E-Kitchen 2.0. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, setakat ini seramai 300 peniaga membuat pendaftaran di aplikasi tersebut dan jumlah itu dijangka terus meningkat dari masa ke masa.


16 April 2021 - Sinar Harian - LZS sumbang RM255,000 bantu hospital, pusat jagaan warga emas

GOMBAK - [DIKEMASKINI] Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyerahkan sumbangan zakat berjumlah RM255,000 kepada enam buah hospital dan lima pusat jagaan warga emas bagi memudahkan pelaksanaan aktiviti dalam situasi pandemik Covid-19 yang melanda Malaysia.


26 April 2021 - Sinar Harian - 40 pelajar, AJK Surau Hidayatul Mustaqim positif Covid-19

SELAYANG - Seramai 40 individu termasuk pelajar tahfiz dan tenaga pengajar Maahad Tahfiz Hidayatul Mustaqim, Selayang Baru serta ahli jawatankuasa surau berkenaan dilaporkan positif Covid-19.


27 April 2021 - Sinar Harian - Pemaju perumahan didenda RM125,000

SELAYANG - Sebuah syarikat pemaju perumahan didenda RM 125,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin kerana melanggar syarat Laporan Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling (EIA).


BULAN MEI


01 Mei 2021 - Sinar Harian - Lima keluarga terima bantuan duit raya RM1,000

GOMBAK - Seramai lima keluarga di Pangsapuri Mutiara di sini dipilih menerima sumbangan barangan persediaan Aidilfitri dan wang tunai RM1,000 daripada Yayasan Bank Rakyat menerusi program Ziarah Ramadan pada Jumaat lalu.


01 Mei 2021 - Sinar Harian - Ikut jejak langkah keluarga masuk Islam selepas 20 tahun

RAWANG - Seorang pemandu lori yang pernah menentang tindakan keluarganya memeluk Islam kira-kira 20 tahun lalu mendapat hidayah dan melafazkan syahadah dua bulan lalu.


BULAN JUN


BULAN JULAI


01 Julai 2021 - Sinar Harian - Tukang kasut kurung teman wanita didenda RM6,000

SELAYANG - Tindakan seorang tukang kasut mendatangkan kecederaan dan mengurung kekasihnya selama enam hari membawa padah apabila didenda RM6,000 atau penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Khamis.


02 Julai 2021 - Sinar Harian - PKPD Selangor, KL: Ayam di Pasar Harian Selayang habis dijual

KUALA LUMPUR - Jualan ayam di Pasar Harian Selayang, di sini habis lebih awal berbanding hari biasa selepas diserbu orang awam yang keluar membeli stok barang basah sebagai persediaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor dan Kuala Lumpur berkuat kuasa pada Sabtu.


04 Julai 2021 - Sinar Harian - Selangor gagal bendung penularan Covid-19 

SELAYANG - Kerajaan negeri Selangor tidak mempunyai perancangan dan strategi yang baik dalam mengawal penularan Covid-19 menyebabkan negeri itu mencatatkan kes harian tertinggi dalam negara.


05 Julai 2021 - Sinar Harian - Kelindan lori dipenjara tiga bulan acu pisau terhadap guru

SELAYANG - Seorang kelindan lori dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin kerana mengacukan pisau ke arah seorang guru dan mengeluarkan kata-kata tidak sopan, bulan lalu.


BULAN OGOS


BULAN SEPTEMBER


28 September 2021 - Sinar Harian - Amaran buat penceroboh hutan simpan di Selangor

SELAYANG - Jabatan Perhutanan Selangor memberi amaran tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menceroboh kawasan hutan simpan untuk membina struktur kediaman, bercucuk tanam atau memelihara haiwan ternakan.


26 September 2021 - Sinar Harian - Tambah baik pengangkutan awam sebelum perketat lesen warga emas

GOMBAK - Kerajaan perlu menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam sebelum memperketat syarat pengeluaran lesen memandu kepada warga emas berusia 70 tahun dan ke atas.


BULAN OKTOBER


02 Oktober 2021 - Sinar Harian - Selangor tubuh Skuad Bencana sedia hadapi musibah

GOMBAK - Kerajaan Selangor menubuhkan Skuad Bencana sebagai persediaan untuk mendepani situasi-situasi yang tidak diduga sejajar dengan perubahan iklim pada masa kini.


02 Oktober 2021 - Sinar Harian - Isu pemilikan setinggan selesai, 19 penduduk terima notis 5A

GOMBAK - Seramai 19 orang penduduk setinggan di sekitar kawasan ini menerima tawaran milik tanah notis 5A untuk berpindah dari kawasan tersebut yang merupakan sebuah tapak pembinaan Rumah Selangorku Pangsapuri Nilam dan Kristal di Taman Selayang Mutiara yang terbengkalai sejak tahun 2013.


BULAN NOVEMBER


16 November 2021 - Sinar Harian - MAIS sumbang van jenazah kepada empat masjid di Gombak

GOMBAK - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menyumbangkan van jenazah daripada Lembaga Zakat Selangor (LZS) bernilai RM200,000 kepada empat buah masjid di sini pada Selasa.


30 November 2021 - Sinar Harian - IPD Gombak catat penurunan jenayah indeks

GOMBAK - Jenayah indeks di daerah Gombak mencatatkan penurunan sebanyak 2,100 kes pada tahun lalu berbanding 2,500 kes pada 2019.


BULAN DISEMBER


11 Disember 2021 - Sinar Harian - Jam 5 pagi dah beratur bayar saman

GOMBAK - Seawal jam 5 pagi, orang awam sudah mula beratur di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak di sini bagi mengambil peluang menjelaskan saman tertunggak susulan kempen pengurangan saman sehingga 80 peratus sejak Khamis lalu.


27 Disember 2021 - Sinar Harian - 128 pelajar UIAM diarah kosong bangunan asrama

GOMBAK - Seramai 128 pelajar lelaki Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini diarah mengosongkan asrama mereka selepas berlaku tanah runtuh dan mendapan jalan di kawasan bangunan tersebut.


30 Disember 2021 - Sinar Harian - Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin atasi banjir: MB

GOMBAK - Projek Canal City boleh diteruskan jika dijamin mampu mengatasi jumlah taburan hujan luar jangka seperti berlaku pada 18 Disember lalu.


30 Disember 2021 - Sinar Harian - RM46 juta baiki cerun runtuh di Gombak

GOMBAK - Kerajaan negeri Selangor akan memohon bantuan daripada kerajaan Pusat bagi menampung baik pulih 67 tebing yang runtuh di Gombak dengan kos keseluruhan bernilai RM46 juta. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, menerusi taklimat yang disampaikan oleh Pegawai Daerah Gombak, Nor Azlina Abdul Aziz pada Khamis, jumlah itu diperlukan untuk baik pulih kerosakan keseluruhan termasuk enam cerun kritikal.


 


Kemaskini pada 2023-03-02 12:32:58 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page