hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Pemberimilikan

PEMBERIMILIKAN
 


DEFINISI

Melupuskan tanah kerajaan untuk selama - lamanya atau untuk satu (1) tempoh sebagai balasan kepada bayaran cukai sewa.

 

JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON

Semua tanah kerajaan di dalam Negeri Selangor kecuali :

i) Tanah Milik

ii) Tanah Rizab

iii) Tanah Lombong

iv) Tanah Simpan

 

SYARAT - SYARAT PERMOHONAN

1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.

2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).

3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.

4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.

  

KATEGORI / TUJUAN PERMOHONAN TANAH

1. Pertanian

2. Bangunan Kediaman

3. Bangunan Perniagaan

4. Perindustrian

 


Kemaskini pada 2016-05-13 12:21:34 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page