LESEN PENDUDUKAN SEMENTARA
DEFINISI
Lesen yang dikeluarkan kepada individu, syarikat / perbadanan bagi menduduki tanah kerajaan untuk tempoh yang berakhir pada setiap tahun.
JENIS TANAH YANG BOLEH DIPOHON
i) Tanah Kerajaan
ii) Tanah Lombong yang pada masa itu tidak digunakan untuk maksud - maksud perlombongan
iii) Tanah Rizab yang pada masa itu tidak digunakan untuk maksud - maksud yang ianya dirizabkan
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Warganegara berumur sekurang - kurangnya 18 tahun ke atas.
2. Perbadanan - perbadanan yang mempunyai tanah di bawah perlembagaan untuk memegang tanah ( Badan - Badan Berkanun).
3. Raja - Raja Pemerintah, Kerajaan , Organisasi dan lain - lain orang yang diberikuasa untuk memegang tanah di bawah Pemeliharaan Ordinan Keistimewaan Diplomatik dan Konsular 1957.
4. Badan-badan yang diberikuasa secara nyata untuk memegang tanah di bawah undang - undang bertulis masing - masing.
Kemaskini pada 2016-05-13 12:21:31 daripada Administrator