PEMINDAHAN BAYARAN
Sekiranya pemilik tanah membuat pembayaran cukai tanah ke atas tanah yang dimiliki oleh orang lain akibat kesilapan / kecuaian diri maka pemilik tanah yang melakukan kecuaian berkenaan boleh membuat permohonan untuk membuat pemindahan bayaran yang telah dibuat ke atas tanah milik orang lain ke tanah milik sendiri.
SYARAT - SYARAT PERMOHONAN
1. Menyertakan resit - resit pembayaran yang telah dilaksanakan semasa permohonan dibuat.
2. Menyertakan dokumen - dokumen berkaitan (Surat Perjanjian Jual Beli dan Salinan Geran Terkini)
3. Surat akuan sumpah (sekirnya diperlukan sahaja)
Kemaskini pada 2016-05-13 12:21:46 daripada Administrator