hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Bantuan Rumah Kerajaan Prihatin (PPRT)

BANTUAN RUMAH KERAJAAN PRIHATIN (PPRT)
 

Program ini merupakan satu (1) program yang bertujuan untuk membantu mereka yang kurang berkemampuan memiliki rumah yang selesa sebagai tempat berteduh. Golongan sasaran bagi program ini adalah kepada keluarga yang mendiami rumah sedia ada dalam keadaan yang daif di atas tanah hakmilik sendiri serta terletak di dalam kawasan perkampungan tradisi / kampung baru. Di antara objektif - objektif yang ingin dicapai melalui program adalah seperti berikut :


  

Permohonan Bina Baru Rumah :

Memberi bantuan membina semula rumah yang keseluruhannya terlalu daif dan tidak boleh lagi dibaiki pada harga RM 30,000.00 sebuah. Pemohon yang berkelayakan akan menerima rumah yang dibina lengkap dengan dua (2) / tiga (3) bilik tidur dan bilik air serta secara keseluruhan berkeluasan 560 kaki persegi termasuk pendaiwaian dalaman elektrik dan pemasangan air dalaman.

image

Sebelum

image

Selepas

 
 

  

Permohonan Baik Pulih Rumah :

Memberi bantuan baik pulih bahagian rumah yang mengalami kerosakan pada kos kurang daripada RM 20,000.00

image

Sebelum

image

Selepas

 
 

 
Pemohon - pemohon yang berminat serta memenuhi Syarat - Syarat Kelayakan bagi program ini boleh mendapatkan borang permohonan di :

Waktu Berurusan

:

 

Isnin - Khamis

:

8.30 - 1.00 tengahari

2.00 - 5.00 petang

Jumaat

:

8.30 - 12.15 tengahari

2.45 - 5.00 petang

Kaunter Bahagian Pembangunan

Tingkat 3, Pejabat Daerah / TanahGombak, Bangunan Sultan Sulaiman, Persiaran Pegawai, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves,

Selangor Darul Ehsan.

 
 

Kemaskini pada 2016-06-07 11:42:16 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page