hubungi-kami

Hubungi
Kami

faq

Soalan
Lazim

maklumbalas

Aduan &
MaklumBalas

peta-laman

Peta
Laman

webmail

Webmail
 

Berita 2022

BERITA "ONLINE" ATAS TALIAN 


BULAN JANUARI


15 Januari 2022 - Sinar Harian - 1,300 polis pantau sambutan Thaipusam di Batu Caves

GOMBAK - Seramai 1,300 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau keselamatan dan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) sempena perayaan Thaipusam di Batu Caves di sini pada Ahad hingga Jumaat.


18 Januari 2022 - Sinar Harian - Empat hari padam kebakaran sampah haram

GOMBAK - Pihak bomba berjaya memadamkan kebakaran sampah haram di Jalan Kuala Selangor berhampiran Kompleks Penjara Sungai Buloh, Kuang, di sini selepas empat hari operasi pemadaman.


24 Januari 2022 - Sinar Harian - Pokok tumbang, bumbung terbang susulan hujan lebat di Gombak

GOMBAK - Tular di media sosial beberapa gambar kejadian pokok tumbang dan bumbung terbang sekitar Gombak susulan hujan lebat pada petang Isnin.


BULAN FEBRUARI


02 Februari 2022 - Sinar Harian - Mangsa banjir belum terima BSB di Klang, Petaling masih ramai

SELAYANG - Klang dan Petaling mencatatkan bilangan paling tinggi mangsa banjir yang belum menerima Bantuan Selangor Bangkit (BSB) berbanding daerah-daerah lain.


BULAN MAC


17 Mac 2022 - Sinar Harian - PGA bongkar sindiket proses arak tiruan

GOMBAK - Kegiatan seorang ahli kimia warga asing yang terlibat dalam sindiket pemprosesan arak tiruan berjaya dibongkar dalam serbuan di sebuah premis di kawasan perindustrian di sini pada Rabu.


19 Mac 2022 - Sinar Harian - MB Selangor dakwa MySejahtera caj RM10 untuk sijil vaksinasi

GOMBAK - Pihak pengendali aplikasi MySejahtera didakwa mengenakan caj sebanyak RM10 untuk pengeluaran sijil vaksinasi Covid-19 bagi individu yang melengkapkan suntikan vaksin berkenaan menerusi program Vaksin Selangor (SelVax).


20 Mac 2022 - Sinar Harian - PKNS sasar bina 1,000 unit Rumah Selangorku setiap tahun

GOMBAK - Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menyasarkan sebanyak 1,000 unit Rumah Selangorku (RSKU) dibina di seluruh negeri itu setiap tahun.


BULAN APRIL


05 April 2022 - Sinar Harian - Penduduk terpaksa hadap isu jalan sesak sejak puluhan tahun

RAWANG - Penduduk khususnya pengguna jalan raya terpaksa berdepan dengan kesesakan lalu lintas di Jalan Kuang di sini yang didakwa berlarutan sejak puluhan tahun.


07 April 2022 - Sinar Harian - Warga emas langgar tiga motosikal, kereta selepas jemput cucu

GOMBAK - Seorang pemandu warga emas melanggar tiga buah motosikal dan sebuah kereta selepas kenderaan jenis Suzuki Swift dipandunya hilang kawalan, dalam kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Selayang Baru, Selayang Baru di sini pada Rabu.


BULAN MEI


14 Mei 2022 - Sinar Harian - Aliran trafik sesak dari KM25.5 hingga Tol Plaza Gombak

SHAH ALAM - Aliran trafik dari KM 25.5 hingga Tol Plaza Gombak menghala ke Kuala Lumpur dan bercantum dengan MRR2 dilaporkan mengalami kesesakan. 


21 Mei 2022 - Sinar Harian - MB sedia bertemu persatuan, pembekal ayam

GOMBAK - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersedia untuk berjumpa dengan semua pihak termasuk persatuan penternak dan pembekal ayam bagi menyelesaikan isu bekalan ayam di Selangor.


24 Mei 2022 - Sinar Harian - Kerajaan Selangor program intervensi atasi isu bekalan ayam

GOMBAK - Kerajaan Selangor memutuskan untuk meneruskan Program Intervensi Harga Makanan Ehsan sebagai langkah jangka pendek mengatasi isu kekurangan bekalan ayam di negeri itu.


 


Kemaskini pada 2022-05-30 12:04:13 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page