Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Pengguna lega jalan simpang Dengkil-Kajang siap

Selangorkini

 

DENGKIL, 12 MAC: Pengguna melahirkan kelegaan apabila laluan persimpangan Dengkil-Kajang sepanjang 1.7 kilometer siap dibina sekali gus menjimatkan waktu perjalanan.

Laluan alternatif menghubungkan bandar Puchong, Cyberjaya, Putrajaya, Bandar Baru Salak Tinggi, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), klia2 dan Selatan Sepang turut membabitkan jejambat 120 meter selain menaik taraf lampu isyarat serta jalan dengan kos keseluruhan RM70.471 juta.

 

image
Norhafizah Mohd Noor, 36,

Penjawat awam Norhafizah Mohd Noor, 36, berkata walaupun jarak rumah dari Salak Tinggi ke Putrajaya dalam lingkungan 20 kilometer namun terpaksa menempuh kesesakan lalu lintas hampir dua jam pada waktu puncak.

“Saya memang telah lama tunggu laluan baharu siap dan kini berasa lega,” katanya kepada SelangorKini.

Pemandu teksi K Palanisamy, 64, berkata laluan baharu itu akan menjimatkan masa dari KLIA dan Klia2 ke Putrajaya yang kebiasaanya antara dua hingga tiga jam.

“Rata-rata penumpang merungut kerana perlu mengambil masa lama sedangkan jarak ke Putrajaya dari lapangan terbang kira-kira 35 kilometer sahaja,” katanya.

Kakitangan Jabatan Pertanian, Suhaimi Hussin, 56, berkata pengguna berasa terseksa untuk melepasi persimpangan lampu isyarat tersebut, jadi pembinaan jejambat telah memendekkan waktu perjalanan.

 

Kemaskini pada 2020-05-06 20:53:08 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page