Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Bekalan air Sepang, Putrajaya pulih, 15 kawasan dalam proses

Selangorkini

SHAH ALAM, 8 OKT: Tahap pemulihan bekalan air di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Putrajaya mencapai tahap 95 peratus secara keseluruhan setakat jam 1 tengah hari.

Menurut Pengurusan Air Selangor (Air Selangor) menerusi Facebook sebanyak 259 daripada 274 kawasan sudah menerima bekalan air.

“Jika berdasarkan peratusan pemulihan mengikut wilayah, Sepang dan Putrajaya telah pulih sepenuhnya, Hulu Langat (95 peratus), Petaling (90 peratus) dan Kuala Langat (86 peratus). Sebanyak 15 kawasan lagi dalam proses pemulihan,” katanya.

Sebelum ini Ketua Pegawai Eksekutifnya Suhaimi Kamaralzaman berkata bekalan air di semua 274 kawasan terjejas dijangka pulih secara berperingkat bermula esok sehingga 6 petang Jumaat.

Pemulihan sepenuhnya dibahagikan kepada tiga kumpulan utama, kumpulan pertama merangkumi 145 kawasan yang akan menerima bekalan air sepenuhnya, menjelang jam 6 petang hari ini.

Kumpulan kedua merangkumi 91 kawasan pada pukul 6 petang Khamis, manakala kumpulan ketiga merangkumi 38 kawasan  menerima bekalan air sepenuhnya pada jam 6 petang, Jumaat.

Sejumlah 309,687 akaun pengguna di wilayah Petaling, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sepang mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual selepas operasi di LRA Sungai Semenyih dan Bukit Tampoi henti tugas.

Pengguna terjejas disaran merujuk saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang www.airselangor.com untuk mendapatkan jadual pemulihan.


Kemaskini pada 2020-10-09 15:36:24 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page