Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Selangor sasar empat daerah bangunkan pusat kuarantin transit

Wartawan Sinar Online II  12 FEBRUARI 2021

SHAH ALAM -Kerajaan negeri Selangor merancang untuk mewujudkan Pusat Kuarantin Transit di daerah Klang, Hulu Langat, Petaling dan Sepang sebagai permulaan dalam usaha menangani penularan pandemik Covid-19 dalam komuniti.


Menteri Besarnya, Datuk Amirudin Shari berkata, fasilitili itu akan bertindak sebagai sokongan kepada individu disahkan positif Covid-19 atau yang sedang menunggu keputusan ujian saringan bagi menjalani kuarantin kendiri sementara dengan lebih selesa sebelum dihantar untuk rawatan di hospital.

Sejak kebelakangan ini, empat daerah berkenaan berterusan menjadi penyumbang tertinggi kepada kes positif harian Covid-19 di Selangor yang mencatatkan sebanyak 1,082 kes baharu dengan jumlah kumulatif 83,281 kes sehingga Khamis.


Amirudin berkata, inisiatif kerajaan negeri itu akan memberi fokus kepada golongan berkenaan khususnya penduduk di Projek Perumahan Rakyat (PPR) yang tidak mempunyai ruang untuk kuarantin kendiri di rumah.

“Pusat Kuarantin Transit ini adalah untuk golongan terbabit atau mana-mana individu yang kediamannya tidak sesuai untuk kuarantin kendiri kerana pengudaraan rumah yang kurang bagus serta bilangan bilik tidak banyak tetapi isi rumah ramai.

“Bagi individu yang sedang kuarantin kendiri sementara di fasiliti itu dan ujian saringannya disahkan positif, mereka akan terus dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang atau ke hospital,” katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tambah beliau, beberapa lokasi berhampiran Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) di daerah terlibat telah dikenal pasti untuk dibangunkan Pusat Kuarantin Transit berkenaan bagi memudahkan urusan petugas kesihatan dan individu positif virus tersebut.

Mengulas mengenai vaksin Covid-19 pula, Amirudin memberi jaminan pembelian oleh kerajaan negeri tidak lari daripada perolehan yang ditetapkan oleh kerajaan pusat.

“Kita sedang meneliti senarai vaksin yang dibeli oleh kerajaan pusat. Setakat ini, kita dimaklumkan mereka akan beli vaksin Pfizer, AstraZeneca, Sinovac, Cansino serta Sputnik V. Kelima-lima vaksin ini sedang dalam proses pengesahan daripada Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA). Apabila ia diluluskan, kita akan beli dan juga bincangkan perolehannya,” katanya.

Amirudin berkata, inisiatif kerajaan negeri untuk membeli tiga hingga lima juta dos vaksin Covid-19 bertujuan mempercepat dan melengkapkan usaha pemberian vaksin khususnya kepada penduduk di Selangor.

“Kerajaan negeri tidak akan ganggu ‘enrollment’ kerajaan pusat tapi kita akan tambah dengan menawarkan (vaksin) kepada sektor perusahaan serta kilang bagi mempercepatkan pemberian vaksin kepada golongan sasar.

“Dengan cara ini, kita akan memperbanyak dan mempercepatkan kewujudan ‘imuniti kelompok’, iaitu apabila lebih ramai orang divaksin, mereka akan menjadi imun. Untuk hasilkan imuniti kelompok itu, kita kena ada banyak jumlah vaksin dan cepat beri suntikan,” katanya.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengumumkan untuk membeli tiga hingga lima juta dos vaksin Covid-19 bagi keperluan penduduk di Selangor, termasuk pekerja asing. - Bernama


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/123610/KHAS/Covid-19/Selangor-sasar-empat-daerah-bangunkan-pusat-kuarantin-transit
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf


Kemaskini pada 2021-02-19 10:47:00 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page