Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

Masjid di Sepang terima sumbangan RM135,000 sempena Ramadan

Selangorkini

 

SEPANG, 27 APRIL: Kerajaan Negeri menyalurkan sumbangan sebanyak RM135,000 kepada 27 masjid di Sepang, semalam.

EXCO Hal Ehwal Agama Islam berkata daripada jumlah itu setiap masjid di daerah tersebut menerima RM5,000.

“Bantuan ini bagi menampung kekurangan dana rumah ibadat untuk melaksanakan aktiviti sepanjang Ramadan atau membaiki kerosakan kemudahan asas,” kata Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya Ramadan Kepada Masjid disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari di Masjid As-Syakirin di sini.

Mohd Zawawi berharap kariah sentiasa menjaga tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang beribadat di masjid sama ada pada bulan puasa atau sebaliknya.

Sementara itu, Nazir Masjid As-Syakirin, Mohd Yusuff Omar berkata pihaknya berterima kasih di atas bantuan tersebut dan semoga diteruskan pada masa depan.

“Dengan sumbangan ini saya dan pihak pengurusan bercadang mahu mengecat dinding masjid. Selain itu, mengimarahkan rumah ibadat dengan pelbagai aktiviti,” katanya yang telah enam tahun menjadi nazir.

Hampir RM2 juta diperuntuk Kerajaan Selangor untuk diberikan kepada semua masjid di negeri ini sepanjang Ramadan bagi melaksanakan aktiviti.

image

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari menyerahkan sumbangan Ihya Ramadan kepada masjid ketika program Jelajah Ramadan Kita Selangor di Masjid As-Syakirin, Sepang pada 26 April 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI


Kemaskini pada 2021-05-19 11:54:49 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page