Tetapan Semula Menukar kontras kepada cerahMenukar kontras kepada asalMenukar kontras kepada gelapKecilkan size fontKembalikan saiz font kepada asalMemperbesarkan saiz font
    T
    T
    T
    T
    T
    T
img_jataselangor
Portal Rasmi

PEJABAT DAERAH DAN TANAH SEPANG

CEKAP TELUS DAN MESRA

faq-img

Soalan
Lazim

FAQ

Hubungi
Kami

Feedback

Aduan dan
Maklumbalas

sitemap

Peta
Laman

malay-flag

BAHASA
MALAYSIA

w3c

ENGLISH

w3c

W3C

BBST Walk@Sepang tarikan baharu, mampu jana ekonomi penduduk

Selangorkini

 

SEPANG, 18 DIS: BBST Walk@Sepang di Bandar Baru Salak Tinggi yang siap pada November bakal menjadi tarikan baharu pengunjung ke daerah ini, kata EXCO kesejahteraan bandar.

Rodziah Ismail berkata pembinaan dilakukan Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) membabitkan belanja lebih RM4 juta itu turut menjadi platform bagi penduduk tempatan menjana ekonomi.

“Tahniah kepada majlis kerana melangkah satu lagi memberikan mercu tanda kepada rakyat.

image

EXCO Perumahan dan Kesejahteraan Bandar Rodziah Ismail diiringi oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang Dato’ Abd Hamid Hussain (dua kanan) memotong riben pada Pelancaran BBST Walk@Sepang dan Program Bebas Plastik di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang pada 17 Disember 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Ini hasrat Kerajaan Negeri yang mahu lihat setiap sudut tidak kira desa atau pekan ada infrastruktur baik untuk kegunaan rakyat,” katanya ketika melancarkan BBST Walk@Sepang dan Program Bebas Plastik.

Program dijalankan sempena sambutan ulang tahun ke-16 MPSepang itu dihadiri Yang Dipertuanya Dato’ Abd Hamid Hussain.

Sementara itu, Abd Hamid berkata lokasi di tapak berkeluasan 5,938 ekar itu juga akan menjadi tarikan pelancong memandangkan kedudukannya berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Klia2.

“Naik taraf kawasan ini melibatkan beberapa kemudahan antaranya dataran awam, pusat penjaja serta laluan basikal dan pejalan kaki.

“Kita indahkan bangunan lorong belakang dengan lukisan mural yang menggambarkan daerah ini antaranya lapangan terbang, F1 (Formula 1) dan Pantai Bagan Lalang,” katanya.


Kemaskini pada 2021-12-27 10:59:50 daripada Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page